in ,

Bahaya Coronavirus, Hati-Hati Guys!

Sumber gambar: https://bhrt.ba/

Alamak, risaunya keadaan sekarang. Macam-macam penyakit datang, nak keluar rumah pun rasa takut. Ini pula nak berjalan ke tempat ramai orang!

BetulΒ guys, sekarang ini banyak sangat penyakit yang tak disangka tiba-tiba muncul. Sebelum ni kecoh dengan wabak Influenza A, sekarang datang pula virus baru iaitu coronavirus sehingga telah membimbangkan ramai orang. Sebab itu sekarang ini korang kena sentiasa jaga kebersihan diri. Pakai mask kalau keluar ke tempat ramai orang dan sentiasa bawa hand sanitizer ke mana-mana sahaja korang pergi demi keselamatan dan kebersihan.

Baru-baru ini, sambutan Tahun Baru Cina telah menjadi mimpi ngeri bagi ramai penduduk dan pelancong di Wuhan, Chna apabila secara tiba-tiba penduduk di sana dilanca wabak coronavirus. Kes pertama yang ditemui akibat virus ini ialah apabila ada pekerja dan pelanggan berkunjung ke Pasar Borong Makanan Laut Huanan di Wuhan dimasukkan ke hospital. Setelah disiasat, pasar borong tersebut didapati bukan sahaja menjual makanan laut, tetapi turut menjual beberapa haiwan hidup yang lain antaranya kambing biri-biri, unta, khinzir serta haiwan ternakan lain yang tidak sepatutnya telah dijual disitu.

Disebabkan itu, sehingga kini penduduk di Wuhan telah diarahkan kuarantin dan tidak dibenarkan berada di luar rumah sepanjang wabak ini sedang berlaku. Tetapi nampaknya wabak ini telah merebak ke seluruh negara termasuk Malaysia. So far ada beberapa kes coronavirus telah dikesan di Malaysia dan mereka yang disyaki menghidap virus itu merupakan warga Wuhan sendiri yang bercuti di sini. Tetapi dikatakan sehingga kini keadaan di Malaysia masih terkawal, cuma kita tetap perlu berhati-hati juga.

Dekat bawah ini ada beberapa fakta tentang coronavirus yang tengah hangat diperkatakan sekarang. Make sure korang baca dengan teliti supaya dapat pastikan diri korang bebas daripada virus bahaya ini.

BARANGKALI DATANG DARI KELAWAR

via GIPHY

Coronavirus merupakan satu penyakit zoonosis yang mana dikatakan virus daripada haiwan. Menurut Centres for Disease Cntrol and Prevention (CDC) di Amerika telah menegaskan bahawa kelawar ialah haiwan paling terdekat yang mempunyai virus tersebut termasuk kucing dan unta. Virus ini dikatakan sukar dijangkiti oleh manusia tetapi kes di Wuhan itu terjadi disebabkan ada yang menjadikan kelawar sebagai hidangan makanan mereka. Just imagine seekor kelawar bersama bulu dan isi perutnya dihidangkan di dalam semangkuk sup?

MASIH BELUM ADA VAKSIN

Setiap penyakit memang ada penawarnya. Tapi untuk coronavirus ini, sehingga sekarang masih belum lagi ada penawarnya. Kiranya virus ini masih lagi dalam kategori misteri kerana virus ini masih lagi baru. Akan tetapi dikatakan terdapat beberapa vaksin yang ditemui tetapi vaksin itu masih lagi belum dapat mencegah virus kerana ia masih ‘segar’ dalam masyarakat. Oleh disebabkan itu, pemerintah dekat Wuhan meminta supaya warga Wuhan seramai 11 juta itu perlu dikuarantin buat sementara waktu.

SUDAH ADA YANG MAUT

Image result for corona virus
Sumber gambar: Nytimes

Disebabkan virus ini semakin menular, terdapat 56 kes kematian ditemui setakat ini. Tetapi semua kes kematian ini hanya dikesan di Wuhan sahaja, so dekat Malaysia masih 0 angka kematian. Ada juga ura-ura mengatakan media hanya mendedahkan angka separuh daripada mangsa yang dijangkiti sahaja kerana risau ramai penduduk semakin risau. Apa pun kita cuma perlu berhati-hati sahaja.

So apa pun, make sure korang semua sentiasa jaga kebersihan. Pakai mask dan gunakan handΒ sanitizer. Kalau batuk, tutup mulut dan jangan ke tempat yang terlalu ramai orang. Paling penting, kalau rasa badan tak sihat, terus ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Jangan dah melarat baru nak check ya.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Subjek Penting Yang Korang Perlu Buat Nota Awal

List K-Pop Idol Bakal Buat Fans Patah Hati Kalau Mereka Kahwin