in ,

Bahaya Basikal Lajak Mungkin Buat Kita ‘Terlajak’!

Sumber gambar: soscili.my

Pernah dengar tentang budak basikal lajak? Basikal lajak itu apa? Mungkin ada yang tahu dan mungkin juga ada yang tak tahu lagi tapi pernah dengar sahaja. Sudah ada beberapa kes tentang budak basikal lajak telah tular. Isu basikal lajak masih hangat dibincangkan tapi kalau korang tengok zaman dahulu pun dah ada geng-geng basikal ini.. Tapi tidaklah terlalu over seperti sekarang di mana sudah banyak kes yang terjadi pada budak-budak basikal lajak.

Sumber gambar: Gadis Paddle Jalanan

Kebanyakan geng basikal lajak suka modified basikal mereka untuk jadi lebih unik dan ada yang suka buat sehingga kondisi basikal tidak sesuai dengan badan mereka. Kalau korang dan terutamanya untuk geng basikal lajak nak tahu, basikal lajak sebenarnya memberi kesan negatif dari segi kesihatan. Jom kita tengok bahaya basikal lajak kepada kesihatan korang. Hmm, lebih baik mencegah daripada merawat betul tak?  

Sumber gambar: Gadis Paddle Jalanan

STROK/ CEDERA KEPALA

Sumber gambar: my.theasianparent.com

Seperti yang kita tahu, kebanyakan geng basikal lajak tidak pakai topi keledar keselamatan semasa tunggang basikal dan dengan yakinnya mereka menunggang di tengah jalan raya, lebuhraya pun ada, turun bukit dan lain-lain. Dan pernah ada kes seorang penunggang basikal lajak cedera parah di kepala sampai tidak sedarkan diri. Jadi, kalau korang nak main basikal itu dimana-mana, bukan tak boleh, boleh saja… tapi pakai helmet okay! Elakkan jadi superhero jalan raya walaupun korang pandai pacak-pacak basikal.

SAKIT TULANG BELAKANG

Sumber gambar: soscili.my

Basikal lajak ratanya diubahsuai menjadi lebih kecil daripada badan penunggang basikal. Hmm, nak jadikan basikal ala ala Antman ke? Boleh ubah badan jadi kecil? Dengan tayar yang tak sesuai itu pun mungkin boleh menyebabkan sakit tulang belakang. Memang tak kena sekarang adik oii… tapi nanti bila kerap sangat korang tundukkan badan ke depan dek kerana nak bawa basikal macam superhero, lama-lama tulang belakang akan sakit dan posture badan pun akan lari dan tak lurus akibat selalu bawa basikal secara menunduk.

KERUSI TIDAK ERGONOMI

Sumber gambar: bharian.com.my

Disebabkan kerusi tidak ergonomi atau dalam keadaan yang tidak selesa untuk penunggang basikal lajak. Kaki dan punggung akan sakit. Bukan setakat itu sahaja, lutut korang pun akan sakit sebab kedudukan satu badan tidak sesuai dengan keadaan basikal yang lebih kecil daripada badan. Agak-agaknya kenapa dalam banyak-banyak basikal yang besar dan lebih canggih, geng basikal lajak lebih pilih basikal yang agak kecil itu untuk ditunggang?  

KECEDERAAN TISU LUTUT

Sumber gambar: kasyfialawinews.blogspot.com

Menunggang secara laju boleh menyebabkan kita mudah hilang kawalan. Disebabkan geng budak lajak tidak pakai alat keselamatan untuk penunggang basikal, kemungkinan untuk dapat kecederaan tisu lutut pun tinggi. Dan untuk pengetahuan semua, kalau sekali ligamen lutut luka, sukar untuk buat aktiviti harian selepas ini. 

KECEDERAAN GETARAN

Sumber gambar: ceberita.com

Disebabkan geng budak lajak suka bawa di jalan yang agak berbahaya, korang mungkin boleh terkena kecederaan disebabkan getaran yang terlalu teruk semasa menunggang basikal. Jalan raya dan bukit-bukit tidak rata permukaannya. Sedangkan mak ayah korang yang bawa kereta dalam keadaan duduk dan selesa dalam kereta pun boleh sakit pinggang disebabkan getaran, ini pula tunggang basikal dengan postur badan yang sebegitu rupa. OMG!

via GIPHY

Jadi, sekarang ini apa kata geng basikal lajak? Kalau korang bukan geng basikal lajak tapi ada kawan yang main basikal lajak, jom nasihati kawan tersebut supaya elakkan menunggang basikal lajak secara berbahaya lagi. Walauapa pun, janganlah bahayakan kesihatan korang dan sentiasa ingat yang tersayang. Jadi, jangan nakal-nakal dan tunjukkan bakat berbasikal korang itu ke jalan yang lebih baik. 

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

The Addams Family Movie Review: Mudah Terhibur Kena Tengok!

Bila Ada 2 Orang Suka Kita, Nak Pilih Yang Mana?