in ,

Bahan ‘Rare’ Pengganti Makeup Remover

Sumber gambar: Glamour.com

Bila nak makeup bukan main bersemangat, cuba kalau bab tanggalkan makeup. Confirm malas, then terus tidur dengan makeup sekali.

Siapa selalu hadapi situasi di atas? Jom geng dengan Ainaa sebab Ainaa pun kadang-kadang jenis malas nak remove makeup then terus tidur. Tak lama lepas itu merungut bila muka naik jerawat, itu ini semua padahal diri sendiri yang cari nahas dengan tak remove makeup! 

via GIPHY

Nak remove makeup memang agak leceh, tapi takkan korang nak terus tidur dalam keadaan muka kotor macam? Naik jerawat muka nanti girls. Lebih lagi lipstick, tak tahu apa yang korang dah makan terus bawa ke tidur nanti lama-lama bibir korang akan kekeringan. Tapi kalau tengah dalam mood nak remove makeup, sekali makeup remover habis pula! Takkan nak pergi beli waktu tengah malam? Of course kedai dah tutup, melainkan korang ada solution lain untuk remove makeup! Jom pergi intai dekat dapur mak dan tengok benda apa yang kita boleh gantikan sebagai makeup remover!

TIMUN

Image result for cucumber
Sumber gambar: Medicalnewstoday

Biasa orang gunakan timun untuk kecantikan ialah bertujuan sebagai mask atau menghilangkan eyebag. Tapi pada masa yang sama, timun juga mampu untuk remove makeup. Caranya mudah je hanya perlu kisar timun sehingga hancur dan terus gosok ke muka korang. Let say kalau masih ada sisa makeup yang tertinggal, boleh campurkan sedikit susu atau minyak zaitun sebagai bahan tambahan untuk buang makeup.

MINYAK ZAITUN

via GIPHY

Dekat drugstore sendiri ada jual cleansing oil yang mana pencuci muka berasaskan minyak bertujuan untuk membuang makeup yang ada pada kulit wajah kita. So, minyak zaitun ialah minyak yang paling sesuai untuk korang hilangkan lipstick jenis cecair atau matte yang tahan lama. Bukan itu je, minyak zaitun juga bagus untuk bibir yang mana akan membuatkan bibir korang jadi lembut.

YOGURT

Image result for yogurt
Sumber gambar: Liveeatlearn

Ingatkan yogurt elok untuk kulit wajah je, tapi rupanya boleh buat alternatif cuci makeup! Tapi lebih tepat sekali, yogurt mampu untuk menghilangkan kesan lipstick pada bibir korang. Terkejutkan? LUNARIA pun ingat yogurt sekadar boleh dijadikan mask untuk melembutkan kulit je, rupanya ada fungsi lain ya!

PETROLEUM JELLY

via GIPHY

Setiap perempuan akan ada petroleum jelly atau lebih dikenali sebagai Vaseline. Bagus tau Vaseline, bukan setakat buat bibir kita lembab tapi mampu untuk jadikan bahan tambahan untuk mengekalkan makeup. Bukan itu sahaja, ia juga mampu untuk membuang segala makeup yang ada pada wajah korang. Buat je macam biasa korang remove makeup dengan menggunakan cotton pad.

Agak-agak lepas ini ada alasan lagi tak untuk korang tak remove makeup before tidur? Kalau susah sangat atau malas sangat, pergi je dapur cuci makeup guna minyak masak. Confirm esok pagi bangun dah boleh goreng ayam. Jangan biasakan diri tidur dengan muka makeup, nanti naik jerawat korang nak rasa menyesal pun tak ada gunanya lagi.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Tips Cemerlang Akademik? Ini Korang Boleh Buat!

5 Lagu Best Untuk Korang Buat Tiktok