in ,

Bahan-bahan DIY Skincare Yang Bahaya Untuk Kulit Muka

Sumber gambar: asiancrush.com

Semua orang memang suka sangat kalau dapat kulit yang memang sedia kala cantik dan bersih tapi produk penjagaan kulit sekarang pun agak banyak dan tak tahu mana satu yang elok sampai ada antara kita yang ambil keputusan untuk buat sahaja cara tradisional atau natural sebab ia lebih jimat walaupun mengambil masa. Akan tetapi tak ramai tahu apa kesan sebenarnya yang akan jadi pada kulit korang kalau gunakan bahan natural ini dan biar kami kongsi dengan korang semua bahan DIY apa yang sebenarnya bahaya untuk kulit muka korang.

APPLE CIDER

via GIPHY

Kandungan asid dalam cuka epal ini pun sebenarnya memang tinggi dan untuk yang desperate atau baru nak betul dan bersihkan semula wajah itu mesti ramai yang silap menggunakannya. Sebenarnya, cuka epal ini korang boleh cuba minum bersama air masak sahaja sebab ia akan bersihkan semula sistem penghadaman perut korang. Kiranya, kecantikan dari dalaman begitu lah. Bila perut korang dah bersih dan normal balik semua sistem, barulah kulit muka korang akan baik. Jangan sapu terus atau buat toner pula dengan apple cider ini sebab nanti kulit korang meradang.

BAKING SODA

via GIPHY

Mesti ramai antara korang tahu yang kandungan Ph level atau alkali dalam baking soda ini sebenarnya memang mampu bantu kulit korang yang berminyak kan? Tetapi apa yang korang tak tahu sebenarnya lama-kelamaan, kulit muka korang akan stress dan akan menyebabkan kulit korang jadi kering sangat dan semua mesti tahu, baking soda memang kegunaannya bukan untuk muka pun kan?

LEMON

via GIPHY

Untuk pengetahuan korang, lemon mengandungi kandungan asid yang memang tinggi. Disebabkan hal itu, walaupun ada beberapa orang memang sesuai kulitnya untuk dijadikan sebagai bahan semulajadi bantu kulit cerah, tetapi ia mampu buatkan kulit korang jadi iritasi dan kemerah-merahan jika terkena matahari yang panas itu. Ia juga menipiskan kulit korang, jadi lepas ini, stop! guna lemon pada muka okay.

UBAT GIGI

via GIPHY

Ini mesti ramai orang selalu cuba sebab apa-apa pun dalam video di Youtube itu, ramai yang ajar guna ubat gigi kalau ada jerawat kan? Sebenarnya, korang semua dah dibohong sebab fungsi ubat gigi ini memang untuk gigi sahaja tau. Siapa kata, untuk muka. Kalau mereka syarikat pengeluar ubat gigi itu kata ubat gigi korang itu ada fungsi 2 dalam satu boleh lah percaya juga. Haha!

BAWANG PUTIH

via GIPHY

Memang pelik sangat kalau ada yang cuba cara tenyeh bawang putih pada wajah yang berjerawat tau! Muka korang itu dah lah pedih jerawat, lepas itu korang letak pula bawang putih. Memang lagi rosak lah muka korang itu sebab ada yang sampai boleh dapat alergik, eczema dan keradangan tau. Jadi, jangan guna bawang putih okay!

Sekarang korang dah tahu semua bahan DIY ini bahaya untuk kulit korang. Jadi, selepas ini jangan degil main buat dan guna sahaja ya. Ada sahaja bahan semulajadi dan tradisional yang korang boleh cuba seperti air basuhan beras, aloe vera, kulit pisang dan banyak lagi tau. Jangan ambil bahan-bahan yang membahayakan kulit korang sebab risau nanti akan jadi lebih teruk.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Mudah Untuk Panjangkan Bulu Mata

5 K-Pop Idol Yang Mempunyai Ketinggian Luar Biasa!