in ,

Bag Raya Besar Macam Nak Pindah?

Sumber gambar: www.travelandleisure.com

Ha! Kan haritu Ummi kata jangan bawa barang banyak ketika pulang ke raya. Lagi-lagi bag dan luggage, kalau boleh seorang cuma satu bag, cukuplah kan? Boleh je sebenarnya girls, asalkan korang pandai untuk mengatur baju dalam bag.

LIPAT SEELOKNYA

Sumber Gambar: https://enaknyakemana.com/

Jangan sesekali campak je baju ke dalam luggage macam dalam cerita melayu. Kalau boleh lipat dan susun seeloknya. Nak lebih space dan boleh sumbat banyak baju, korang boleh YouTube “Cara melipat baju untuk travel”. Nanti dari luggage besar, silap-silap boleh pakai backpack je untuk baju korang tau.

GUNA RUANG KOSONG

via GIPHY

Dalam luggage mesti banyak pocket kosong yang korang selalu tak hiraukan, tapi sebenarnya ruang itu bermanfaat tau. Untuk menyumbat barang make up, tuala muka, pakaian dalam dan bermacam lagi barang yang kecil. Jadi tak perlulah setiap barang satu bag, itu dah membazir space.

BAG TANGAN

via GIPHY

Eh! Girls tanpa bag tangan macam kosong je kan? Jadi bawalah satu, tapi dalam bag tangan itu letaklah benda-benda yang korang akan gunakan sepanjang perjalanan. Seperti pad kalau korang period, berus gigi dan alat-alat keperluan yang lain. Jadi tak perlulah nak buka luggage besar dekat RnR, atau menyepahkan bonnet kereta semata cari benda-benda kecil ini.

KONGSI BAG

Sumber Gambar: https://www.ezpacking.com

Luggage kan ada bermacam size, apa kata korang ambil yang paling besar dan share dengan adik beradik yang lain. Jadi dekat situ dah jimat space tau. Kalau time macam ini jangan jadi selfish, sebab ia demi keselesaan korang juga untuk pulang ke kampung.

Macam mana girls? Dah terfikir nak buat yang mana. Ha! Percayalah kalau korang buat macam ini, mesti korang akan rasa lebih selesa walaupun perjalanan jauh dan lama. Tak perlulah korang berhimpit-himpit dengan bag.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Pakai Aksesori Extra Baru Laa Raya!

Sibling Suka Mengelat Kemas Rumah? Balas Dengan Cara Ni…