in ,

Badut Sebenarnya Senyum Palsu Sebab…

Sumber gambar: http://psychologyarticles.info/?e=DM+Pranks+Killer+Clowns++YouTube

BADUT? Wowww ada certain orang fobia dengan badut dan akan menangis ketakutan bila nampak makhluk jadian ni. #Lunagirls ada yang takut dengan badut tak atau korang ada bad experience dengan badut sampai rasa takut macam tu. Actually badut tu hanya la seorang manusia biasa yang bersolek hodoh tapi ada juga yang masih takut.

via GIPHY

Tapi please jangan sesekali ketawakan kawan korang yang takut dengan badut sebab dia boleh alami kesukaran bernafas, mual, rasa takut yang melampau dan panic attack. Bahaya tau kalau dia tak dapat nak bertenang, takut benda lain pula yang akan jadi. So dekat bawah ni Ainaa akan share dengan korang sebab utama kenapa orang takut dengan badut yang dipetik daripada kajian psikologi.

BADUT SANGAT MENYERAMKAN

Sumber gambar: https://www.ibtimes.com/ahead-halloween-2017-scary-clown-sightings-frustrate-ohio-police-2605365

Even kita tahu badut tu hanya la seorang manusia biasa tapi menurut pakar psikologi Francis McAndrew, dalam jurnalnya yang bertajuk New Ideas in Psychology yang mana badut tu memang menyeramkan. Which is diorang buat kita takut dan rasa terancam, buktinya ramai yang akan lari dan menyorok kalau nampak badut dekat tepi jalan. Kalau korang perasan kebanyakan budak kecil akan menangis bila nampak badut even that time dia just nak bagi belon je.

PENGARUH MEDIA SEMASA

Sumber gambar: https://www.nme.com/blogs/the-movies-blog/it-2-film-release-date-casting-trailer-2139755

Sebut je tentang badut mesti korang dah boleh list beberapa movie tentang badut, tak kisah la dekat Malaysia atau luar negara sekali pun. Sebabkan ramai sangat yang terpengaruh dengan movie tentang betapa seramnya badut ni sampai kita sendiri set dalam mind yang badut memang menakutkan. Contohnya dalam cerita IT, badut bernama Pennywise yang cukup menyeramkan dengan gigi tajam. Bukan budak kecil je takut tapi Ainaa pun rasa nak menjerit bila tengok filem tu, haha..

BADUT SENYUM PALSU

Sumber gambar: https://www.wnycstudios.org/story/scary-clowns

Korang nampak badut ni macam senyum je kan? Actually semua tu palsu je, kalau fikir secara logik, bibir merah diorang tu palsu dan susah nak tafsir sama ada badut tu betul-betul senyum atau tak. Menurut Dr Jordan Gaines Lewis, senyuman palsu badut buatkan ramai orang rasa tak selesa dan tujuan utama kenapa muka diorang dilukis tersenyum ialah untuk ajak orang lain ketawa sekali. Just imagine korang berbual dengan badut tu hal serious pun dia asyik senyum je… Tak ke scary tu..

BADUT TAK KELAKAR

Sumber gambar: https://www.youtube.com/watch?v=3W0mSRKR3BQ

Kalau korang perasan kebanyakan badut just hiburkan kanak-kanak dengan cara buat magic ataupun bagi belon. Ada kanak-kanak anggap yang badut ni langsung tak kelakar tapi menakutkan. Yelah, solekan tebal buatkan diorang rasa tak selesa, tapi ada some parents yang gunakan badut as ‘bahan’ untuk takutkan their kids padahal budak tu sendiri rasa takut. Korang sendiri kalau ada adik kecil, make sure jangan takutkan diorang dengan cara macam tu ya.

Tak dinafikan kerja sebagai badut ni merupakan satu cabaran yang kuat sebab ramai yang anggap kerja tu senang walhal diorang ni struggle nak cari makan. Dengan panasnya, costume dan mekap yang tebal, belum lagi masuk part kids menangis sebab takut. Tapi kalau nak bezakan badut Malaysia dengan badut oversea, confirm la diorang lagi menakutkan..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perempuan Ni Memang Complicated Kan? 🙄

Rawat Pori Muka Dengan Cara Ini!!