in ,

Badan Akan Berjerawat Kalau Pakai Baju Berpeluh Terlalu Lama

Selalunya bila dah seharian buat aktiviti di sekolah dan untuk yang aktif bersukan itu korang mesti akan berpeluh kan? Tak kisah buat apa-apa pun, balik penat mesti korang akan tertidur terus tanpa tukar baju atau mandi. Tahu tak sebenarnya banyak sangat kesan kalau #Lunagirls pakai baju yang dah ada peluh itu terlalu lama?

BERJERAWAT

Sumber gambar:

Ya, badan korang akan senang ada jerawat sebab peluh itu kan toksin dari badan korang. Jadi, memang tak boleh lama-lama pakai baju berpeluh itu. Kalau korang yang senang sangat berpeluh, Zoe sarankan bawa mini towel untuk lap peluh korang dengan kerap. Iya lah, kalau jerawat yang ada di muka pun dah sakit, apatah lagi kalau ada di badan, boleh jadi tidur korang pun tak selesa tau.

JANGKITAN BAKTERIA

Sumber gambar:

Of course kalau pakai baju yang berpeluh terlalu lama ini korang mudah terkena jangkitan bakteria dan senang terkena banyak penyakit. Ini juga alasan kenapa kebersihan itu sangat penting. Walau penat macam mana pun, korang wajib rajin sekurangnya tukar baju sebab nanti akibat malas sangat, banyak penyakit senang hinggap dekat korang.

KONJUNGTIVITIS

Sumber gambar:

Apa kena mengena baju berpeluh dan konjungtivitis yang kerap terjadi dekat mata? Ya, ada kena mengena sebab bila satu badan korang dah banyak bakteria. Kawasan lain-lain pun akan kena sekali tau. Lepas dah tukar baju itu, make sure cuci muka ya! Barulah nak tidur ke, nak buat aktiviti lain ke dan lain-lain.

RADANG KULIT

Sumber gambar:

Bila dah banyak bakteria dan kuman dari peluh di kulit itu, korang akan senang dapat radang kulit. Ada yang kena gatal-gatal, ada juga yang dapat ruam, merah-merah, bisul dan lain-lain. Oleh sebab itu, make sure baju korang itu mestilah bersih dan peluh tu keringkan dulu.

Selepas ini, ingat ya #Lunagirls, kalau berpeluh lepas buat aktiviti seharian pergi mandi dan tukar baju. Jangan main tidur terus atas tilam. Bertambahlah bakteria dalam bilik awak pula nanti lepas ini hanya disebabkan korang malas tukar baju yang dah berpeluh itu. 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Fenomena Tudung ‘Puteri’ Mira Filzah Masih Panas

Visual Crackheads TAEJIN + GIVEAWAY BTS DOLL!