in ,

Bad Hair Day? Ini Penyelesaian Untuk Korang

Sumber gambar: weheartit.com

Waktu nak keluar berjalan ni la rambut nak buat hal, tak menjadi la, nak extra kembang lah! Urghhh! Dah la dah lambat ni, lagi rambut nak buat hal pula!

Perghh, memang sakit hati la juga bila dah kelam kabut bersiap lepastu rambut pula tak bagi kerjasama. Untuk yang berhijab pula, memang sakit hati kalau tudung tak menjadi. Kalau bertudung tak menjadi, kita nak cover macam mana? Takkan nak buka tudung kan? Haha! For those yang free hair ni, kalau rambut tak bagi kerjasama, banyak je jalan penyelesaian yang korang boleh buat. Antaranya ialah…

PAKAI BEANIE, TAK PUN PAKAI…

Image result for vscogirl wear beanie
Sumber gambar: pinterest

Sekarang ni kan style orang pakai beanie sebagai additional assesori atas kepala. Tapi ia juga boleh dijadikan sebagai jalan penyelesaian untuk korang yang ada masalah bad hair day! Sarung je beanie tu and you girls good to go! Cuma kelemahan lepas dah pakai beanie ni, rambut korang akan penyet dan jadikan rambut nampak nipis. Make sure lepas dah balik daripada keluar tu, korang basuh la rambut. Baru rambut tu jadi cantik balik. Let say kalau tak ada beanie, korang boleh pinjam scarf atau inner tudung mak korang! Tu memang dah tahap emergency malas nak fikir, grab je apa yang ada.

HMM, PAKAI CAP PUN NICE JUGA

Related image
Sumber gambar: weheartit

Beanie dan cap ni dua benda yang lain. Kalau pakai beanie, rambut korang akan jadi penyet. Tapi kalau pakai cap, rambut korang still nampak elok lagi walaupun bahagian atas dah tertutup. Boleh gayakan dengan cara terbalikkan cap tu. Style juga macam tu tau! Kalau pakai macam tu pergi jalan-jalan outdoor, nampak style terox! Pergi mall pun boleh je, tapi kalau masuk mall, boleh terbalikkan cap. Senang sikit nak nampak jalan kiri kanan, tak ada la langgar orang sebelah, hehe! Ainaa rasa cap dengan beanie ni umpama aksesori ‘wajib’ yang perlu dimiliki oleh girls yang free hair ni.

BANDANA LA, BARU COOL

Image result for girl wear bandana
Sumber gambar: youtube

Pergh, memang jadi vscogirl la kalau pakai bandana ni! Banyak gaya yang korang boleh buat dengan adanya bandana ni. Depends la nak ikat dekat keliling kepala, jadikan macam scarf atau ikat waktu buat hair bun. Memang jadi cool terox girls! Cute tau bila girls pakai macam tu. Korang bukan je boleh sorok bad hair day tu, tapi buatkan korang nampak cute! Lagi cantik kalau bandana tu bercorak cute, contohnya corak daun ke, unicorn atau bunga-bunga. Ehemm, crush pun mesti suka kalau tengok korang pakai bandana macam tu.

TAK PAYAH KELUAR LA SENANG, ISH!

Image result for bad hair day
Sumber gambar: hollywoodreporter

Punya la stress sebab rambut tak geng, baik tak payah keluar pergi mana-mana. Duduk je dalam rumah sambil layan Netflix atau drama Korea. Let say kalau dah bersiap tu, ha buat je la ‘mini photoshoot’ sikit tapi jangan tunjukkan yang rambut korang tu tak menjadi. Tapi benda ni hanya berhasil kalau korang plan nak keluar seorang diri je la. Kalau dah janji dengan kawan tapi korang cancel semata-mata sebab rambut korang tak menjadi, memang cari gaduh la. Takut lepas ni takde siapa nak ajak korang lepak dah sebab stress dengan perangai korang tu, haha! Satu hal pula hilang member semata-mata sebab masalah bad hair day!

See, senang je kan nak atasi masalah bad hair day ni. Tak payah la sampai korang nak stress bagai. Masalah kecil je ni girls, tenang okay. Benda boleh settle, buat apa nak stresskan kepala. Good luck girls!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Single Itu Tanda Kita Tak Laku? Seriously?

Perempuan Kasar Atau Gedik? Mana Satu Pilihan Hati Lelaki