in ,

Backpack Yang Korang Perlu Ada

Beg merupakan salah satu barang atau aksesori yang paling penting untuk kita sebagai perempuan. Dekat dalam beg itulah yang kita nak letak buku, kunci, tisu, make-up, pen dan lain-lain. Walaupun korang dah ada banyak sangat beg, tapi akan tetap beli baru! Kali ini, Zoe nak kongsi dengan awak semua tentang backpack sebab kalau korang nak tahu sebenarnya setiap backpack ini pun ada jenis dan perbezaannya sendiri tau.

via GIPHY

KASUAL

Beg kasual ini biasanya beg bersaiz kecil dan sederhana yang boleh dibawa waktu korang nak jalan-jalan keluar dengan kawan, pergi konsert dan lain-lain. Beg macam ini biasanya memang nampak comel sebab dia bersaiz sebesar A4 kebawah.

OUTDOOR

Outdoor backpack pula memang berbeza dengan beg lainnya sebab ia digunakan kalau korang ada aktiviti yang lasak. Contohnya, beg itu nak dibawa hiking, camping, exercise di gym dan ia bergantung dengan jenis aktiviti yang korang nak buat. Selain itu, korang boleh stailkan gaya korang dengan JAMFIT! SuperDeals ada tawaran bukan beshe-beshe untuk korang!

STUDENT

Sumber gambar:

Ini semestinya semua orang ada! Student backpack itu beg sekolah korang yang selalu korang bawa itu sebenarnya ada banyak jenis ikut keselesaan masing-masing. Saiz beg sandang pelajar ini biasanya lebih besar lebih kurang sebesar buku drawing korang dan ada banyak saiz. Dan jangan pula korang guna beg yang lain sebab biasanya beg ini memang tebal fabriknya sebab mereka yang cipta ini tahu korang nak bawa buku teks yang berat.

WHIMSICAL

Beg whimsical pula selalunya beg ala-ala kasual tetapi lebih menarik dan bergaya. Antara beg whimsical ini kita boleh tengok macam beg yang VSCO girl selalu guna itulah. Beg yang petak dan ada banyak design menarik. Ada saja jenama lain yang korang boleh beli selain yang VSCO girl selalu pakai itu. Tapi beg sandang jenis whimsical dia nampak lebih classic jika nak banding dengan beg lainnya.

Banyakkan jenis backpack yang ada? Dia lain daripada yang lain sebab kegunaannya memang function untuk ke tempat tertentu. Selain itu, ia juga lain tidak seperti handbag dan slingbag yang korang boleh letak barang sedikit saja sebab ruangnya terhad. Kalau backpack, sumbatlah barang apa pun memang membantu korang yang jenis tak suka pegang barang itu hands-free. Hehe

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Nak Kaki Nampak Panjang, Korang Cuba Cara Ini!

Boys Lagi Rendah Dari Kita Okay Ke Tak?