in ,

Baca Webtoons, Hobi Lain Daripada Lain

Sumber gambar: www.nytimes.com

Setiap orang ada hobi mereka masing-masing, ada yang suka shopping, ada yang suka main catur, ada yang suka practice nyanyi, ada yang suka main TikTok, ada yang suka belajar dan banyak lagi hobi yang boleh mengubat jiwa dan buat hati korang seronok, betul tak? Tapi ada tak yang antara korang semua yang sedang baca artikel ini, minat membaca komik? Korang tahu tak yang sekarang ini, korang sebenarnya sudah tak perlu beli komik di kedai buku lagi tapi korang boleh baca secara online sahaja. Nama lain komik online ini sekarang orang panggil webtoon, okay jom LUNARIA  terangkan pada korang tentang webtoon, mana tahu boleh jadi salah satu daripada hobi baru korang?

Sumber gambar: webtooned

Apakah itu webtoon? Webtoon ini sebenarnya adalah gabungan asal dari dua kata iaitu ‘web’ dan ‘komik’ tapi sebab dia di akses dalam laman web dan sebab dia kartun, jadilah webtoon. Sebenarnya, dari cara seperti ini pun boleh menarik minat orang muda seperti kita untuk membaca. Iyalah kalau dulu, ramai orang dalam masyarakat kita yang kurang membaca sebab kurang minat untuk keluarkan modal untuk beli buku di kedai buku. Akan tetapi sekarang, nasib baik banyak bahan bacaan tidak kira ilmiah, akademik, hiburan dan lain-lain pun ikut dengan kemajuan teknologi dan korang hanya perlu tinggal klik sahaja.

Sumber gambar: we heart it

Untuk pengetahuan korang juga, webtoon sebenarnya dah lama wujud tau! Dan sudah ada sejak tahun 2003 yang diterbitkan di Korea oleh Daum iaitu enjin pencariaan di Korea Selatan dan pada 2004 ia sudah ada di Naver juga enjin pencarian di Korea. Kalau korang nak tahu juga, sudah ada banyak webtoon di negara Asia Timur seperti Korea, Jepun, China, Indonesia dan negara eropah yang lain. Apa yang menarik juga, content dalam webtoon pun sama menarik persis dengan komik yang sebelum ini juga tau! 

Sumber gambar: habkorea

Kalau korang nak tahu juga, webtoon ini pun ada di dalam wattpad iaitu laman web yang menyediakan banyak cerita fiksyen yang menarik. Hmm, yang suka K-Pop idol atau mana-mana boy band dalam dunia ini mesti tahu yang dua benda iaitu webtoon  dan wattpad ini adalah stok berangan korang kan? Dan apa yang paling best adalah BTS pun siap ada webtoon mereka sendiri yang bertajuk Save Me.

Sumber gambar: jitaksara

Jadi, selepas ini korang yang tak ada hobi lagi atau nak tambah hobi baru. Boleh lah korang berjinak-jinak membaca webtoon, mana tahu dari mula membaca webtoon lama-lama nanti korang akan suka membaca bahan bacaan lain, betul tak? Silap-silap nanti buku sekolah pun korang suka baca, hehe! Jadi jom lah kita wujudkan hobi membaca ini sebagai hobi yang biasa dalam masyarakat kita. Sebab masyarakat membaca adalah masyarakat yang berjaya! 

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Ini Pantang Larang Lepas Putus Cinta

Step Dapatkan Glass Skin Paling Simple!