in ,

Azam Baru Yang Wajib Masuk Dalam List Tahun Baru 2020 Korang!

Sumber gambar: pinterest.com/angie

Mesti ramai yang dah buat goals untuk tahun 2020 ini, betul tak? Korang boleh kongsi sikit tak apa azam korang untuk tahun 2020 nanti? Mesti ada yang nak jumpa K-Pop idol koranglah, nak dapat boyfriend or girlfriend lah, nak kuruslah dan banyak lagi, betul tak apa yang Zoe fikir ini? Tapi korang nak tahu tak, sebenarnya ada azam banyak lagi azam baru yang wajib masuk dalam list tahun baru 2020 korang sebab Zoe jamin ia akan beri manfaat dan banyak kebaikan untuk diri korang dan jom kita tengok apa dia…

SCORE EXAM

Sumber gambar: pin interest

Korang wajib set dalam azam tahun baru korang untuk sentiasa skor dalam peperiksaan. Kalau korang nak tahu, semakin bertambah maju sesuatu negara semakin tinggi tahap pendidikan mereka tau! Jadi untuk generasi seperti korang, wajib untuk korang sentiasa berusaha lebih sedikit dalam peperiksaan supaya korang boleh gunakan ilmu korang itu untuk jadi salah seorang penyumbang kepada kemajuan negara kita nanti! Korang wajib yakin pada diri korang yang korang mampu buat! 

JADI BUDAK BAIK

Sumber gambar: twitter

Selain dari itu, korang bukan tak boleh jadi budak nakal selalu tetapi walaupun nakal dan suka bergurau, korang wajib ada azam untuk jadi budak yang lebih baik. Cukup dengan sentiasa dengar cakap orang tua, bantu orang susah, jangan bising dalam kelas, dan banyak lagi perkara baik yang korang boleh practice buat pada orang di sekeliling korang. Tak ada ruginya pun kalau korang jadi budak baik. Hehe

HIDUP SIHAT

Sumber gambar: insider

Sekarang ini memang ada banyak sangat penyakit pelik dan aneh yang kita boleh baca. Jadi korang perlu ada azam untuk hidup dengan gaya hidup sihat supaya kesihatan korang lebih terjamin. Cukup dengan pastikan diri korang bersenam setiap minggu dan makan makanan yang berkhasiat supaya korang tidak mudah sakit okay

BUAT ORANG HAPPY

Sumber gambar: clark influence

Sentiasa buat orang happy dan gembira bila mereka berada di samping korang pun adalah salah satu azam yang wajib masuk dalam list tahun baru 2020 korang. Iyalah, sejak dua menjak ini memang banyak kes kemurungan, stress dan tekanan hidup dalam masyarakat. Apa kata kita mulakan hidup kita dan orang sekeliling dengan saling sayang-menyayangi? Cukup dengan berani hentikan kegiatan buli di sekolah, buli di laman media sosial, body shaming, dan banyak lagi hal yang boleh korang bantu dan lakukan untuk kembalikan senyuman dan menjadi harapan bagi orang lain yang memerlukan. Mana tahu, daripada setiap orang yang korang dah buat mereka happy itu, mereka dalam diam doakan setiap impian dan cita-cita korang tercapai, kan itu sudah cukup bermakna! 

CINTA DIRI SENDIRI

Sumber gambar: wattpad

Akhir sekali, antara yang terpenting dan wajib adalah love yourself! Korang wajib belajar untuk cintakan diri sendiri mulai tahun hadapan. Cuba perlahan-lahan buang rasa insecure pada diri dan jangan terlalu meletakkan diri korang dibawah sampai orang boleh pijak diri korang. Percayalah, kalau korang dah cintai diri sendiri, akan ada lebih banyak harapan dan impian korang mampu capai. Berhenti juga dengan mendengar kata-kata negatif orang lain lemparkan pada diri korang dan anggap mereka sebenarnya cemburu dengan apa yang korang ada. Macam Namjoon BTS kata “Love Yourself… Speak Yourself...”. Hehe

Semua ini mesti ada yang dah sedia masukkan dalam azam tahun baru dan kalau yang belum itu apa kata korang masukkan juga? Sebab kalau nak dapatkan barang yang korang suka itu korang boleh usaha cari duit dan kumpul duit tetapi kalau untuk kebaikan korang secara zahir batin dan masa depan. Semua azam yang Zoe cadangkan ini memang penting dan berguna untuk korang tau! Korang buatlah apa sahaja yang korang nak pada tahun depan, asalkan korang bahagia dan seronok okay! Selamat tahun baru semua! Hehe! Semoga tahun depan akan jadi lebih baik untuk kita semua! 

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments