in ,

Ayat Yang Perlu Dielakkan Untuk Kekal Positif

Sumber gambar: www.goodfon.com

Manusia memang tak boleh lepas dari rasa insecure terhadap diri sendiri. Lebih lagi, bila kita selalu nampak orang lain yang berada di sekeliling kita yang hidupnya nampak lebih sempurna jika nak dibandingkan dengan kehidupan kita sendiri. Tidak salah pun kalau kita nak ada rasa insecure itu sebab kalau kita ambil dari sisi baiknya, insecure ini juga boleh beri motivasi dan inspirasi kepada ramai orang untuk jadi yang lebih baik dan terbaik. Oleh sebab itu, korang kena sentiasa positif dan muhasabah diri untuk jadi yang lebih bagus. Apa kata, kalau korang nak sentiasa berfikiran positif, korang cuba berhenti ucapkan kata-kata ini?

ALA TAK BOLEH BUAT

via GIPHY

Belum cuba lagi, belum buat lagi pun korang dah cakap tak boleh kan? Haha! Untuk pengetahuan korang, dalam dunia ini tidak ada yang tidak mungkin yang kita tak boleh buat tanpa usaha dan doa. Oleh sebab itu, sebelum nak buat apa sahaja perkara korang kena selalu yakin pada diri “Ala senang saja ni! Saya mesti boleh buat!”.

GIVE UP LAH MACAM NI

via GIPHY

Baru saja buat dan gagal sekali dah putus asa? Hmm… kalau korang nak tahu semua orang yang berjaya pun sebelum ini pernah mengalami kegagalan juga tau sebelum ini. Jadi, tak akan lah baru sekali korang buat sesuatu perkara dah give up kut? Sepatutnya korang bangkit dan usaha lebih lagi jika gagal. Mana tahu, bila dah cuba banyak kali. Terus korang dapat rasa kejayaan itu. 

KENAPA BADAN SAYA MACAM INI

via GIPHY

Setiap manusia diciptakan berbeza dengan variasi rupa, warna, bangsa, bentuk badan dan sebagainya itu ada sebab tau. Korang ingat tuhan itu cipta saja-saja ke? Jadi, jangan lah pula korang selalu tanya “Kenapa badan saya macam ini?” pada diri sendiri. Korang kena selalu yakin dengan diri sendiri, barulah orang nampak aura pada diri korang.

PERFECT-NYA DIA!

via GIPHY

Tidak semestinya bila korang pandang seseorang itu sempurna, orang lain pun nampak apa kelebihan orang yang korang pandang sempurna itu. Itu sudah rezeki mereka jika betul mereka diciptakan sempurna ada rupa yang elok, gaya fesyen yang bagus, ada duit sendiri, ada macam-macam. Akan tetapi, korang juga kena bersyukur pada diri sendiri tau sebab masih lagi mampu hidup seperti sekarang ini dan cuba ingat orang yang masih susah lagi diluar sana. 

Kalau korang nak tahu, dengan sentiasa berfikiran positif dan ubah semula pemikiran korang terhadap insecurity diri korang. Sebenarnya secara psikologinya ia mampu push diri korang untuk lebih berjaya tau! Kata-kata buruk yang selalu dilempar orang lain itu pun sebenarnya korang tidak perlu endah kan pun sebab kalau korang nak tahu benda itu bukan sahaja akan jatuhkan keyakinan diri korang, malah ia akan buat korang jadi seorang yang lemah. Jadi selepas ini, korang say no no no to all negativity okay.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Ramai Gilakan Playstation 5 Ni?

Kenapa Pluto Bukan Lagi Termasuk Dalam Planet?