in ,

Ayat-Ayat Yang Bakal Buat Girls Jadi ‘Monsters’

Sumber gambar: pinterest.com

Betul ke perempuan complicated? Hmm korang rasa kita complicated? Tapi rasanya complicated boleh handle lagi betul tak?

Haihh sakit hati kita bila ada orang cakap perempuan ini complicated! Macam mana nak tahu seseorang itu complicated ke tak? Tapi rasanya kita sebagai girls tidaklah complicated, cuma susah nak buat keputusan dengan cepat sahaja betul tak? Opss! Siapa nak mengaku yang dirinya seorang yang complicated? Tapi tak dinafikan, ada beberapa perkataan atau perkara yang pantang didengar oleh kaum perempuan.. Korang rasa korang tahu tak apa perkataan ‘pantang’ itu? Hehe! Jom kita bocorkan rahsia kita sendiri pada boys out there!

OMG ADA SALE!

via GIPHY

Ya Allah Ya Tuhanku! Cubaan apakah ini kenapa banyak sangat sale sekarang? Nak minta duit dekat mak takut kena marah pula… Tidakkkkk

Hehe! Perkataan ‘SALE’ ialah perkara paling pantang didengar oleh kaum perempuan ya. Tak kisahlah kalau setakat sale 10% saja asalkan ada. Ada yang menggigil lutut rasa nak pergi cuci mata. Sekarang ini nak akhir tahun, maka dengan itu banyaklah kedai buat sale akhir tahun. Baju, makeup, drugstore, even website online shopping pun banyak tengah on sale sekarang ini. Kalau tak beli rasa serba salah pula, tapi kalau beli nanti confirm duit habis. Kira macam dilemma untuk beg duit kita ya. So, korang pantang tak dengar perkataan ‘SALE’?

FLAWLESS-NYA DIA TU!

View this post on Instagram

Entah apa

A post shared by 𝐃𝐚𝐡𝐥𝐢𝐚 𝐫𝐢𝐳𝐚𝐥 (@itsdshazal) on

Before that, jangan sesekali tegur muka kawan kita kalau nampak ada Miss J tumbuh dekat muka dia. Takut korang akan ‘dijangkiti’ dengan Miss J ya. Dah nama pun perempuan mestilah nak cantik betul tak? Sebab itulah kadang-kadang kita pantang tengok orang lain yang kulitnya flawless tanpa cela atau Miss J! Kadang-kadang kalau tengah scroll Twitter atau Instagram mesti ada je account awek-awek flawless lalu dekat Instagram kita. Dah lumrah kita suka tengok benda yang cantik, mestilah suka tengok bila ada orang yang lebih cantik? Sis sendiri pun suka sangat tengok perempuan cantik dekat Instagram, tapi kadang-kadang suka juga bila tengok cermin sebab sis pun cantik! Eh!

DULU MACAM KURUS JE?

via GIPHY

Anjali, kau tengok si Tina! Dulu bukan ke dia kurus.. Sekarang bukan main badan dia naik dengan jayanya ya? Bahagia sangatlah..

Amboi-amboi bukan main seronok nampak cakap tentang orang lain. Elok lagi si tuan empunya badan tak dengar apa yang korang cakap, cuba kalau dia dengar. Confirm korang akan pulang ke rumah dengan rasa sakit di muka… Jangan sesekali tegur tentang badan orang lain tau, tak kisahlah kalau dia kawan baik kita sekali pun. Melainkan dia sendiri yang tanya, barulah jawab. Jangan tiba-tiba korang terus tegur pula, kecil hati dia! Badan ialah perkara paling sensitive sebab itu ialah benda personal pada diri seseorang.

AKU SUKA DEKAT MAMAT TU LA

via GIPHY

OMG! Red alarm! Macam mana crush dia boleh sama dengan crush kita? Haihh ini tak boleh jadi, kalau si dia ‘sangkut’ dekat orang itu macam mana? Takkan kita nak kena cari crush lain? Haa, ada yang pantang tak bila dengar ada orang lain pun crush dekat orang yang sama? That time confirm insecure terox! Bila dah ada saingan mulalah rasa tak senang duduk. Dulu sis sendiri bila dengar kawan baik pun minat dekat si dia, terus rasa stress dan tak senang duduk. End up kita cari crush baru je, bukan susah pun, haha! Kata orang mencintai tak semestinya memiliki, so kita lepaskan  saja crush tu untuk orang lain.

Dalam banyak-banyak perkataan ‘pantang’ didengar yang sis mention dekat atas ni, sis paling tak boleh nak bincang kalau ada sale.. Dia punya nervous sampai rasa tak nak keluar rumah sebab tahu nanti kaki mesti akan jejak ke kedai yang ada sale. Korang pula macam mana? Share and comment di bawah okay!

What do you think?

7 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Woojin Stray Kids Keluar Dari Group?

Demam iPhone 11 Tak Habis Lagi, iPhone SE2 Bakal Keluar