in ,

Awek TikTok Copy Paste Muka Ariana Grande

Sumber gambar: Instagram @paigeniemann / Instagram @arianagrande

Fuyooo! Sebiji macam muka Ariana Grande! Kalau sekali imbas boleh terus cakap itu ialah Ariana! Tapi hakikatnya dia hanyalah ‘kembar’ Ariana Grande sahajooo.

Korang kalau kaki Twitter, confirm dah pernah nampak posting video this girl yang mukanya memang seakan-akan Ariana Grande. Gadis yang tengah viralΒ itu bernama Paige Niemann dan dia baru berusia 15 tahun! Wehh, baru 15 tahun tapi dah cantik macam itu? Apakah ini benar gais?

Paige yang berasal dari California sebenarnya juga viral di TikTok apabila dia tampil dengan gaya seperti Ariana Grande. Actually, tuan empunya badan sendiri pun terkejut bila ada orang yang mukanya 100% seakan-akan dirinya. Tapi untunglah muka macam artis dik oi..

KatanyaΒ since first time dia buka akaun TikTok, ramai yang cakap muka dia macam Ariana. Dah kalau ramai cakap macam itu, mestilah dia lagi excited nak tampil dengan imej macam Ariana betul tak? Kebetulan Ariana pun memang penyanyi favorite dia. Sejak dia post video TikTok, dia dah berjaya dapat sebanyak lebih daripada sejuta followers! Ramai betul followers dia, seronok eh muka macam Ariana! #SisTakBitter

View this post on Instagram

π’΄π‘œπ“Š 𝒢𝓇𝑒 π“‚π“Ž π‘’π“‹π‘’π“‡π“Žπ“‰π’½π’Ύπ“ƒπ‘” πŸ–€

A post shared by Paige Niemann (@paigeniemann) on

Video Paige yang seakan-akan Ariana itu jadi bualan hangat apabila dia juga menggayakan rambut ‘high ponytail’ sebiji macam Ariana dengan gaya makeup dan lesung pipit comel itu. Kami di LUNARIA sendiri yang tengok pun tak boleh nak bezakan mana satu Ariana Grande original dengan copy ori grade AA, LOL!

Bagi Paige sendiri, bila Ariana dah tahu tentang kewujudan dia, ia seolah-olah macam satu kejutan terbesar dalam hidup yang dia sendiri tak sangka akan berlaku. Kalau korang tengok video TikTok Paige, banyak poster gambar Ariana yang dia tampal dekat dinding bilik dia. Memang betul-betul fans sejati.

Sumber gambar: Instagram paigeniemann / Instagram arianagrande
P/S: Lepas korang tengok gambar atas ni, mana satu agaknya Ariana Grande yang original? Huhu

Tapi bagi dia sendiri, untuk tampil 100% macam Ariana memang takkan dapat sebab dia perlu tiru warna rambut, makeup, bentuk kening, mimik muka dan banyak lagi untuk kelihatan sama macam Ariana. Disebabkan dia dah ‘berlatih’ since umur 12 tahun lagi sebab minatnya pada penyanyi lagu 7 Rings, semuanya taklah begitu membebankan. Kalau dah minat, apa pun jadi mudah.

Semuanya dia belajar daripada online je, which is dia mengambil masa selama sejam untuk buat makeup, buat rambut dan shoot untuk video TikTok dia. Paling mengejutkan, dia langsung tak edit gambar dia dekat Instagram untuk nampak macam Ariana! Semuanya hanya bergantung pada makeup sahaja. Lagi best rupanya Paige juga berketurunan separuh Sicilian dan separuh Jerman, manakala Ariana pula separuh Sicilian dan separuh Abruzzese, Woww! Entah entah mereka sebenarnya saudara mara jauh mungkin?

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Oppa Taehyung BTS Pakai Baju Batik!

Bahaya Ke Perempuan Travel Solo? Ini Tips Untuk Korang