in ,

Awas! Jangan Simpan Phone Di Tempat Ini

Sumber gambar: www.wiser.my

Zaman sekarang phone itu sudah menjadi keperluan bagi semua orang. Tidak kira dari kanak-kanak mahupun yang sudah dewasa sebab ia memudahkan kita untuk berkomunikasi, membuat kerja dan sebagainya. Ramai juga yang menghabiskan masanya dengan telefon sampai tidur pun nak bawa dan letak dekat dengan diri korang, betul tak? Untuk pengetahuan korang sebenarnya ada beberapa tempat yang memang sangat bahaya untuk korang letak telefon pintar korang. Letak sebentar itu boleh lagi tetapi awas! Korang jangan pernah simpan telefon korang di tempat ini. Jom kita tengok tempat apa sahaja yang merbahaya untuk korang simpan smartphone korang yang canggih dan mahal itu. Hehe

POKET

Sumber gambar: Freepik

Untuk pengetahuan korang semua, menurut pakar kesihatan Lily Friedman ada cakap yang telefon yang diletakkan dalam poket baju boleh meningkatkan radiasinya lebih kepada dua ke tujuh kali lagi tinggi. Ini juga mampu menyebabkan kita mudah untuk mendapat tumor. Jadi lepas ini lebih baik korang letakkan di tepi sahaja asalkan jauh sedikit dari badan korang.

BAWAH BANTAL

Sumber gambar: Liputan 6

Setiap kali nak tidur, mesti kita akan letak telefon di bawah bantal dengan harapan kita boleh dengan alarm dan bangun tidur dengan mudah, betul tak? Kalau korang nak tahu, lampu LED dari telefon kita itu mampu menganggu kesihatan kita sama seperti menggunakan produk melatonin. Menurut beberapa pakar kesihatan juga, ia mampu menyebabkan penyakit kanser. Jadi lebih baik korang beli jam loceng yang murah itu daripada letak telefon bawah bantal.

DEKAT MUKA

Sumber gambar: Musely

Disebabkan kita selalu sangat main telefon, kalau selalu sangat korang letakkan dekat dengan kawasan muka. Ia boleh menyebabkan muka korang kena iritasi dek kerana bakteria dan kuman dari tangan kita. Tangan kita adalah kawasan yang paling banyak kuman dan sebab itu kalau nak buat apa-apa mesti cuci tangan dulu. Nak angkat telefon pun korang kena pastikan telefon itu ada jarak yang sedikit dengan muka sebab takut nanti bila jerawat naik, mulalah korang bad mood, betul tak? Hehe

BAWAH SEAT MOTOR

Sumber gambar: Kupas Motor

Ini adalah antara kawasan yang paling bahaya kalau korang nak simpan telefon disini sebab kawasan ini dekat dengan tempat isi minyak. Apa yang lebih teruk, kalau nasib malang kita risau ia akan meletup dan terbakar sahaja. Itu juga sebab kenapa kawasan petrol pam sentiasa mengingatkan untuk tidak bermain telefon semasa korang isi sebab radiasi yang ada pada telefon korang sangat berbahaya untuk kawasan yang mudah terbakar seperti minyak kenderaan.

BILIK MANDI

Sumber gambar: BM

Ada beberapa orang yang sangat suka bawa telefon sampai ke bilik mandi dan tandas. Kalau korang nak tahu kawasan bilik mandi dan tandas adalah kawasan yang paling banyak bakteria yang teruk dan kotor. Selain itu, cuba bayangkan kalau korang bawa telefon dalam bilik mandi dan tandas, tiba-tiba masuk jamban, masuk lubang, termasuk dalam air. Tak ke sia-sia saja telefon korang kena beli baru? Dah kena keluar duit lagi. 

Dah tahu semua tempat ini bahaya? Seterusnya langkah yang perlu korang buat adalah jangan simpan lagi okay di tempat yang kami kongsikan ini sebab semuanya ada kesan sendiri. Memang tidak kena sekarang, tapi tak akan nak tunggu dah kena kesannya yang bahaya itu baru nak terhegeh-hegeh ambik tindakan? Betul tak? Jadi lebih baik kita ambil langkah berjaga-jaga dan sekurangnya ambil masa untuk tidak terlalu menggunakan telefon selama 10 jam sehari dan isi masa korang dengan aktiviti yang lebih berfaedah selain buat kerja melalui telefon. 

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Barang Larangan Pakai Untuk Tempoh Lama, No.3 Paling Geli!

Perangai Lelaki Yang Buat Hati Girls TERCYDUKK