in ,

AWAS! Jangan Selfie Dengan Cara Ini…

Sumber gambar: Pinterest.com

Raya time! Jom selfie semua… Kejap lagi dah sibuk kena buat kerja rumah, ini la masanya untuk kita selfie sana sini kan, hahaha!

Amboi seronok nampak dapat selfie dengan sedara-mara. Jangan sampai lupa amalkan social distancing ya guys! Selfie tu selfie juga tapi jangan sampai mengundang bahaya dan menyusahkan orang lain. Mak dekat dapur tu jangan dibiarkan buat kerja seorang diri, anak-anak sibuk selfie kesian mak bersilat dekat dapur tu.

Bila dah nama pun Hari Raya, mesti la kita sibuk nak ambil gambar. Setahun sekali je raya ni, boleh la post dekat social media ke hantar dekat crush ke, hehe! Tapi dalam berseronok tu ada beberapa cara selfie yang tak digalakkan dan sebenarnya tak dibenarkan pun. Nak tahu selfie macam mana yang dilarang? Jom check it out!

SELFIE DEKAT KUBUR

Ambil Gambar 'Selfie' Di Kubur, Farish Aziz Mohon Maaf
Sumber gambar: Beautifulnara

Woww, this is big no no no guys! Please la jangan sesekali bergambar dekat kawasan perkuburan. Bukan takut orang dekat dalam kubur tu join sekali, tapi tak manis dipandang. Dah la kita datang kubur nak ziarah saudara mara yang dah pergi, korang pula seronok bergambar dekat situ ya. Kalau korang ingat, beberapa tahun yang lepas kecoh la juga sekeping gambar yang mana menunjukkan mereka seronok selfie berlatar belakangkan kubur. Berbalik semula kepada niat kita ke kubur iaitu menziarahi saudara, bukannya nak bersuka ria dekat kubur. Maybe tahun ni kita tak ke kubur kerana PKPB, tapi ingat perkara ni sampai bila-bila okay!

SELFIE RIAK

Sumber gambar: Instagram @Ainaa_lunaria

Hari Raya ni semua orang nak nampak cantik kan? Tapi nak nampak cantik tu jangan sampai riak pula sis. Bukan main selfie tunjuk phone baru, barang kemas baru, handbag baru, kasut baru, tudung mahal dan kalau boleh harga pun nak tunjuk ya. No no no! Hari Raya ni kita meraikan kemenangan selepas sebulan berpuasa pada bulan Ramadhan, walaupun kita berkemampuan tapi jangan la sampai menunjuk-nunjuk sangat. Apa pula kata kawan-kawan kita yang tak berkemampuan tu. Riak boleh mengundang kepada dosa tau.

SELFIE SOLAT RAYA

Mengambil gambar selfie ketika sembahyang | Kemeriahan Aidiladha ...
Sumber gambar: Astroawani

Memandangkan tahun ni kita tak dapat solat raya, maka tak ada la gambar #DoneSolatRaya dekat social media. Bukan nak bitter, tapi kita ke masjid atau surau kan untuk menunaikan solat sunat Aidilfitri kan. Tak salah nak selfie tapi jangan la waktu imam tengah sampaikan khutbah raya, korang selfie dekat belakang pula. Nak selfie tu tunggu selepas selesai solat raya okay! Tapi kalau solat raya ni, korang jenis yang makeup terus atau balik solat baru makeup? Komen dekat bawah.

SELFIE ‘PAYUNG’

5 Perkara Anda Suka Buat Time Selfie, Tapi Sebenarnya Tak Disukai ...
Sumber gambar: Twitter

Jangan cakap sis tak ‘payung’. Amboi, sebulan puasa baru raya pertama dah payung semua benda ya. Memang semua orang cantik-cantik belaka di pagi raya tapi jangan sampai memakai pakaian yang mencolok mata. Habis pahala orang lain bila tengok korang, haha! Nak pakai tudung, biar pakai elok-elok okay sis. Jangan disebabkan korang nak kejar likes dekat social media sampai sanggup ‘payung’ semua benda.

SELFIE KASIH SAYANG SESAMA INSAN

Suami Yang Manja Boleh Buat Isteri Turun Berat Badan | Ohcewek
Sumber gambar: Ohcewek

Part ni kita kesian dekat yang single tu, tak boleh nak ambil gambar cium tangan dan cium pipi pasangan. BTW ini untuk pasangan yang dah berkahwin je boleh cium-cium. For those yang ada boyfriend/girlfriend jangan pula korang post gambar berpeluk-peluk tu ya. Nanti makcik pakcik tengok dah jadi bahan membawang mereka. Kalau nak ambil tu terpulang pada korang tapi buat simpanan peribadi sahaja okay!

Raya tu raya juga tapi jangan sampai mengundang fitnah orang lain tau. Selamat Hari Raya semua! Hati-hati beraya jangan lupa pakai mask dan gunakan hand sanitizer.

What do you think?

-1 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Telekung Putih Jadi Kuning? Jom Bersihkan Ikut Cara Ni

Alergi K-Pop Idol Yang Lain Daripada Kebiasaan Orang