in ,

AWAS! Ini Bahan Larangan Untuk Letak Atas Kulit Muka…

Sumber gambar: Pinterest.com

Nak cantik kena la pakai banyak benda dekat muka kan? Pakai serum, essence, pencuci muka, face mask dan banyak lagi la… Baru la cantik.

Cantik itu cantik juga, tetapi jangan sampai kulit muka korang rosak pula ya. Korang sendiri mesti banyak baca tentang kebaikan beberapa bahan semulajadi untuk kulit muka. Contohnya letak sedikit ubat gigi dekat jerawat yang baru nak tumbuh bagi elakkan ia membesar. Jadi bila kita dapat tahu tentang info itu, mula la pakai dekat muka sendiri. Tetapi hakikatnya ubat gigi tidak dibenarkan untuk diletakkan dekat jerawat. Bukan setakat ubat gigi sahaja, ada banyak lagi bahan lain yang tidak sesuai diletakkan di kulit wajah tetapi sering kita lakukan. Untuk ketahui lebih lanjut, korang kena baca artikel ini sampai habis okay!

UBAT GIGI

 

CoolBusinessIdeas.com | Best Toothpaste For Environment
Sumber gambar: Tendersmile

Ada sesetengah orang yang amalkan pemakaian ubat gigi di jerawat mendapat hasil yang memuaskan iaitu jerawat tersebut mengecut dengan cepat. Tetapi untuk pengetahuan korang ia juga akan menyebabkan masalah lain iaitu kulit wajah menjadi kering, meradang serta mengelupas. Ubat gigi sendiri mengandungi bahan lain seperti hidrogen peroksida, alkohol, menthol dan banyak lagi bahan yang tidak sesuai digunakan dekat kulit wajah. Pada masa yang sama ia juga akan mengakibatkan kulit terbakar, bergantung kepada tempoh penggunaan ubat gigi di atas kulit wajah.

BAKING SODA

Can Baking Soda Help Fight Cancer? | Moffitt
Sumber gambar: Moffitt

Sesiapa yang selalu tambahkan baking soda di dalam rutin harian penjagaan kulit wajah, sila hentikan tabiat itu dengan segera kerana ia juga akan menyebabkan kulit muka korang terbakar. pH yang terdapat di dalam baking soda sangat tinggi sehingga ia mampu untuk merosakkan keseimbangan pada pH kulit muka kita. Kalau baking soda boleh bersihkan kotoran di tandas, cuba bayangkan ia bersihkan kulit muka kita. Tak rasa ke ia kedengaran agak bahaya? Baik cari alternatif lain untuk mencantikkan kulit wajah, contohnya tukar dengan penggunaan madu atau apa sahaja bahan yang tidak berbahaya.

CAMPURAN GARAM DAN GULA

 

Mana yang Lebih Bahaya, Gula atau Garam? - Info Sehat Klikdokter.com
Sumber gambar: Klikdokter

Biasanya kalau skrub bibir yang kita beli dekat kedai tu dah habis stok, mula la cari alternatif lain untuk buat sendiri kan? Maka dengan itu kita pun jumpa la resepi yang mana perlu dicampurkan garam dan gula untuk dijadikan masker bibir. Teeettt, stop ya! Garam dan gula mungkin elok untuk badan kita untuk dijadikan sebagai skrub, tetapi tidak pada bibir atau kulit muka. Ia mempunyai tekstur yang kasar serta boleh menjejaskan kelembutan pada kulit wajah serta mengambil masa yang agak lama untuk dipulihkan semula.

LEMON

 

File:Lemon.jpg - Wikimedia Commons
Sumber gambar: Commons.Wikimedia

Lemon ini memang bagus untuk hilangkan kulit hitam pada lutut, tumit kaki, siku dan juga mampu untuk mengurangkan bau pada ketiak kita. Tetapi jangan sesekali gunakan lemon di kulit wjah. Minyak yang terdapat di dalam lemon ini bersifat ‘photoxic’ yang mana akan membuatkan kulit muka kita terbakar sekiranya terdedah dengan cahaya matahari selepas dipakai. Biasanya kita akan nampak lemon dicampurkan dengan masker kunyit untuk mempercepatkan proses memutihkan kulit wajah.

KULIT KAYU MANIS

 

4 Khasiat Kulit Kayu Manis Yang Ramai Orang Tak Tahu, Memudarkan Bekas Jerawat Antaranya! - MASKULIN
Sumber gambar: Maskulin

Bukan sahaja sedap dimasukkan di dalam masakan tetapi kulit kayu manis juga sering dijadikan bahan tambahan dalam rawatan kulit secara tradisional. Banyak sangat petua di internet mengatakan kulit kayu manis bagus untuk merawat jerawat, bintik hitam serta pigmentasi pada kulit. Tetapi kesan sampingan yang kita akan hadapi selepas penggunaannya ialah kulit menjadi panas, sedikit terbakat, kering dan mengalami kemerahan. Sekiranya digunakan dalam kuantiti yang berlebihan, ia akan menyebabkan kerosakan pada kulit wajah.

Mungkin ada antara korang sendiri pernah pakai bahan-bahan yang disebut dekat atas ini dan tiada kesan sampingan yang diterima. Untuk pengetahuan korang, kulit setiap manusia tidak sama dan kemungkinan korang akan dapat kesan sampingan bila dah berusia nanti. Baik kita elakkan diri sebelum perkara tidak diingini berlaku ya…

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kisah Dari Sekolah: Cerita Seram Sekolah Tertua Di Malaysia

Kalau Rambut Gatal, Korang Boleh Cuba Cara Ni