in ,

Awak Bukan Diri Awak Bila Senggugut!

Sumber Gambar: www.pinterest.com

“Eii, senggugut ni!”

Setiap kali datang bulan mesti ada yang mengeluh pasal senggugut! Kalau #Lunagirls nak tahu kita alami senggugut sebab terjadinya kontraksi otot di bahagian rahim kita.. Tapi lain orang lain cara tanganinya!  It’s okay girls.. Harini LUNARIA nak kongsikan cara atasi senggugut!

BERSENAM

via GIPHY

Selalu kalau time senggugut mesti kita akan terbaring lesu.. Tapi kalau boleh #Lunagirls, korang bangun dan bersenam! LUNARIA faham mesti ada yang tak larat, tapi dengan bersenam ia mampu membantu tubuh kita untuk lepaskan hormon endorphins dalam badan dan mengurangkan rasa tekanan di bahagian otot rahim! Kalau tak nak bersenam, korang berjalan je dalam rumah pun dah memadai!

MINUM AIR SUAM

via GIPHY

Ketika datang bulan, kita akan kehilangan air di dalam badan! Sebab itu kita akan rasa sakit senggugut dan perut kembung.. Oleh itu, kita kena minum air sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari! Tapi lebihkan minum air suam ya #Lunagirls..

ELAK MINUM KOPI

via GIPHY

Kandungan dalam air kopi akan meningkatkan kadar tekanan darah.. Dan caffeine dalam kopi juga merupakan salah satu punca senggugut tau! Begitu juga dengan teh, ia akan membuat perut korang kembung dan tak selesa..

MAKAN COKLAT

via GIPHY

Siapa minat coklat mesti tahukan macam mana coklat boleh bagi ketenangan kepada kita! Ini kerana coklat mampu membuat otot-otot di tubuh lebih relax tapi dengan satu syarat pilihlah coklat yang mengandungi 70% koko okay! Dark chocolate adalah lebih baik! Yums!

SALMON

via GIPHY

Kandungan omega 3 yang tinggi boleh membantu mengurangkan rasa panas dalam perut! Dan ia juga memberi protein yang mampu mengurangkan masalah senggugut! Untuk #Lunagirls yang yang suka makan ikan, korang cubalah makan ikan salmon okay!

Kepada yang selalu stress setiap kali datang bulan tu, keep calm #Lunagirls! Sebab situasi ni normal.. Korang cuba tips daripada LUNARIA ini dulu okay! Kalau senggugut korang berlarutan dan sakit yang terlampau, terus rujuk pada doktor okay!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Meja Study Ke Kapal Pecah Ni? Pergh!

Eeee.. Rambut Ke Penyapu Ni?