in ,

Kenapa Ada ‘Jenis Manusia’ Yang Suka Ketawakan Orang Lain

Sumber gambar: Seventeen.com/

Wehh, kau tengok si Sabariah tu. Suara dah la tak sedap, confident macam suara sedap je menyanyi dekat atas stage tu! Tak malu, dah la suara tak sedap lepas tu tudung pun senget!

via GIPHY

Ehh, biar je la dia nak menyanyi walaupun suara dia tak sedap. Kasi chance la orang lain pun nak happy juga, takkan korang je yang boleh happy? Sekali sekala biar la orang happy dengan kehidupan dia, dia tak kacau korang juga kan? Jadi kita pun tak perlu la nak kacau orang lain kan?

Sometimes bila kita tak kacau orang pun, masih ada lagi orang lain yang suka nak cari pasal atau merendahkan diri orang lain. Padahal kita duduk diam dan buat hal sendiri, masih ada yang suka nak kacau kita. Korang pun mesti tertanya-tanya kan kenapa ada manusia yang bersikap macam tu?

HIDUP DIA TAK BEST PUN

via GIPHY

Korang nampak dia macam happy sangat kenakan orang lain kan? Ha, sebenarnya dia buat macam tu sebab life dia tak seronok dan bila dia buat macam tu dia rasa puas hati. Maybe sebab dia jealous dengan korang yang ada kehidupan lebih baik berbanding dia. So, cara dia buat untuk hilangkan rasa kekosongan dalam diri dia. Apa lagi yang dia boleh buat, mesti la cuba untuk cari kekurangan orang lain dan gelakkan mereka. Korang yang kena gelak dengan orang macam ni relax je okay, jangan marah. Sampai satu masa mesti dia sendiri akan menyesal dengan apa yang dia buat.

MEMANG SUKA CARI PASAL

Image result for cari pasal
Sumber gambar: Quickmeme

Cakap la macam mana pun, nasihat la macam mana sekali pun. Dia memang jenis suka cari pasal dengan orang, memang tak boleh nak buat apa. Kena masuk bilik disiplin pun masih tetap dengan sikap yang sama. Agak-agak kalau korang sendiri lawan apa yang mereka buat tu pun mesti still akan kena lagi kan? Ada juga jenis yang agak dia bosan, tak ada benda nak buat. Dia pun cari la pasal dengan orang lain, at least dia dapat mengisi kebosanan. Ye la, dia nak hilangkan kebosanan dengan cara kacau dan gelakkan orang lain. Boleh je buat benda lain daripada asyik kacau orang je. Tapi itu la, mungkin daripada sekolah rendah dulu pun dia dah amalkan sikap kacau orang ni kan?

SEORANG ATTENTION SEEKER

via GIPHY

Weh korang! Tengok si Mamat tu, kerja dia asyik nak kacau orang je lepas tu bangga pula bila orang sebut nama dia. Dasar attention seeker!

Ya, betul sama sekali. Orang yang suka ganggu orang lain ni memang seorang yang attention seeker. Kadang-kadang dia sengaja kacau sebab nak orang lain bercakap tentang diri dia. Ish, kalau cakap tentang benda baik tak apa la, ini bercakap tentang sikap buruk. Bangga pula tu bila ada orang sebut tentang dia. Tak faham betul la! Dah kacau orang lepas tu bagi muka tak bersalah tu lagi sakit hati. Dalam kata lain, orang macam ni mereka kurang dapat perhatian… so, cara mudah mereka nak dapat perhatian ialah dengan merendahkan orang lain!

TAK ADA KAWAN, KESIAN!

via GIPHY

Alahai, tak ada kawan rupanya patut la asyik kacau orang je. Kot iya pun tak ada kawan, jangan la sampai kacau orang sehingga tahap yang melampau. Orang tu tak buat hal pun, tak perlu juga nak gelakkan dia kalau dia duduk seorang diri. Awak tu pun tak ada kawan! Nak berkawan biar dengan cara yang betul, bukannya cari pasal dengan orang atau gelakkan dia sampai orang tu rasa tertekan. Jangan main-main tau kalau bab kacau orang ni, sometimes boleh membawa kepada perkara serious!

Bagi Ainaa sendiri, orang yang suka kacau, gelakkan, cari pasal dengan orang lain ni memang jenis attention seeker. Kalau tidak, kenapa nak kacau orang? Setuju tak dengan apa yang Ainaa cakap ni? Ada ke geng Lunagirls yang suka cari pasal dengan orang lain ni? Kalau ada, please tinggalkan sikap negative tu ya. Tak best la perangai macam tu, tak cool pun.

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Sebab Kenapa Orang Lain Sejuk, Tapi Kita Berpeluh!

Soalan Yang Biasa Remaja Tanya Tentang Period