in ,

Atlet Wanita Jadi Inspirasi #Lunagirls!

Apabila bergelar seorang atlet wanita negara, segala perhatian dan tumpuan berikan oleh satu Malaysia! Wow! Walaupun masing-masing ada kelebihan tersendiri dalam sukan yang diceburi, tapi hati seorang gadis tetap sama! Hihi! Harini LUNARIA senaraikan 5 atlet wanita Malaysia untuk #Lunagirls jadikan sebagai inspirasi..

FARAH ANN – GIMNASTIK

Sumber Gambar: https://says.com

Dilahirkan pada 3 Mei 1994 di Subang Jaya, Farah Ann memulakan langkah pertamanya menjadi seorang gimnas ketika berusia 3 tahun tau.. Farah Ann muncul untuk pertama kalinya di Sukma Games New Delhi, India pada 2010! Sejak kecil Farah Ann dah ada semangat untuk jadi seorang atlet.. patutlah setiap gerakannya onz!

PANDELELA RINONG – TERJUN

Sumber Gambar: http://diannikamir.blogspot.com

Ratu papan terjun Malaysia, Pandelela Rinong! Kalau #Lunagirls nak tahu, April lalu Pandelela dan pasangan penerjunnya, Cheong Jun Hoong telah berjaya meraih emas dalam pusingan ketiga Kejohanan Terjun Siri Dunia FINA di Montreal, Kanada! Fuh..bukan biasa-biasa!

ZAIDATUL HUSNIAH – LARI PERCUT

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Zaidatul Husniah digelar ratu pecut 100 meter negara kerana berjaya mencatat kepantasan 12.12 saat pada pusingan kelayakkan Sukan Olimpik Rio! Beliau juga seorang pelajar Ijazah Pendidikan Jasmani di Universiti Putra Malaysia..

NORASHIKIN KAMALZAMAN – BOLA JARING

Sumber Gambar: https://mymalaysianpost.com/

Baru berusia 24 tahun dan mempunyai ketinggian 186 cm telah memberi kelebihan kepada Ashikin sebagai pemain bola jaring! Untuk pengetahuan #Lunagirls, Ashikin telah menjaringkan sebanyak 80 gol.. Dan dia berazam untuk menambahkannya! Fuh! You go girl!

GOH LIU YING – BADMINTON

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Setiap kali tengok game badminton beregu, mesti kita excited tengok Goh Liu Ying beraksi bersama pasangannya Cheng Peng Soon! Dan kalau #Lunagirls nak tahu, mereka pernah menduduki tempat ke 3 di Dunia Badminton World Federation tau! Power babe!

Siapa kata perempuan tak boleh jadi seorang atlet negara? Bukan sehaja cantik, pandai, berbakat dan muda-muda dah harumkan nama Malaysia! LUNARIA kagum cara mereka bahagikan masa untuk belajar, waktu latihan dan social life! #Lunagirls jangan lupa ambil salah seorang daripada mereka untuk dijadikan idola sukan!

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Bijak Beli Smart Phone Baru!

Selepas Exercise Jangan Buat Macam Ni..