in ,

ATEEZ Kembali Buat Kejutan Khas Buat ATINY

Sumber gambar: www.hellokpop.com

Baru saja buat comeback pada awal tahun ini, eh! Tiba-tiba ATEEZ belanja lagi peminat mereka ATINY dengan comeback lagi satu yang katanya dijadualkan hujung bulan Julai ini dengan album ATEEZ ZERO: FEVER Part 1. Woah! Mesti ramai yang tak sabar kan?

Ini semua sebab pada awal 2 Julai lalu, tiba-tiba KQ Entertainment cuba beri hint melalui media sosial ATEEZ di Twitter melalui poster-poster yang berbentuk animasi setiap anggota ATEEZ yang dianggotai oleh Hongjoong, Seonghwa, Yunho, Yeosang, San, Mingi, Wooyoung dan Jongho.

Untuk pengetahuan korang sebenarnya ini adalah album yang ulung ditunggu oleh para ATINY sebab dengar cerita konsep kali ini lain daripada yang lain dan mungkin juga berbeza dengan konsep macho dan intense seperti yang album yang sebelum ini.Β 

Sumber gambar: soompi

Bukan setakat itu sahaja, konsep foto bagi album ATEEZ ZERO: FEVER Part 1 ini juga baru sahaja dikeluarkan tau! Ha! Korang dah tengok ke? Memang lain sangat dari sebelum ini dan dalam video vlog ATEEZ sendiri mereka siap dah beri hint comeback mereka juga tau! Lagi beberapa hari saja okay!Β 

Bagi korang yang baru nak kenal ATEEZ, mereka merupakan rookie group K-Pop yang baru sahaja berada dalam industri muzik selama dua tahun. ATEEZ ini pun dah dapat perhatian peminat antarabangsa juga tau! Sebab layanan mereka dengan ATINY dah macam kawan dan boleh geng sekepala! Hehe!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Senarai Rappers Cantik Di Malaysia Korang Perlu Tahu

Kafe Hot Spot Sekitar KL Harus Cuba