in ,

Atasi Buli Siber Gaya Selebriti

Wehh tak sukanya tengok Sarah. Jom serang IG dia! Annoying aku tengok muka dia, sakit hati!

Lalu bermulalah peperangan di alam maya disebabkan rasa tak puas hati antara satu sama lain. Apa yang korang dapat? Kepuasan semata-mata? Agaknya apa kesan kepada orang yang korang buli itu? Mesti dia tengah sedih sebab ramai orang tengah serang dia di social media tanpa tahu sebab yang kukuh. LUNARIA nak ajak korang hentikan buli siber.

Sumber gambar: Instagram

Korang pernah kena siber buli? Kalau pernah mesti korang tahu macam mana rasa sakit hati sampai kena private semua social media. Macam-macam dah buat tapi masih lagi ada toxic people yang menyerang korang? Ini cara untuk atasi buli cyber a.k.a keyboard warrior ikut cara selebriti…

DELETE KOMEN

Sumber gambar: Memegeneration

Memang letih nak delete satu-satu tapi itu je cara yang paling berkesan untuk elakkan perkataan yang tak sepatutnya ada dekat ruangan komen. Pernah tengok ada orang kena kecam di Twitter disebabkan perkara yang kecil dan tak masuk akal? End up orang lain sibuk sampai cari akaun Instagram dan mula serang dekat sana pula. Sebelum lebih ramai keyboard warrior serang, better terus delete komen mana yang patut.

BLOCK

Sumber gambar: Meme

Ya, block ialah salah satu langkah yang paling mudah sekali. Biasanya kalau dah kena block mesti dia faham yang dia ada buat salah, melainkan orang itu tak faham bahasa sampai tak boleh terima hakikat dia kena block. Kalau korang sendiri kena block mesti dah faham sendiri yang korang dah guriskan hati seseorang itu. Harapnya kalau dah kena block faham-fahamkanlah sebabnya. Cara ini memang sering dilakukan oleh selebriti tak kira dalam atau luar negara sendiri.

REPORT INSTAGRAM

Sumber gambar: Wikihow

Walaupun keyboard warrior itu ialah kawan korang sendiri, kalau dah menyakitkan hati takkan nak terus diam? Sil report Instagram dia supaya menjadi pengajaran untuk masa akan datang. Semoga dia akan rasa menyesal sebab akaun Instagram kena delete. Kebanyakan selebriti akan report Instagram mana-mana akaun yang suka sebarkan kebencian. Biar mereka dah tak boleh nak stalk sesiapa dan jadi keyboard warrior dah lepas ini.

PRIVATE

Mulut bukan main cakap menyampah, hakikatnya masih lagi akan stalk walaupun dah unfollow. Cara terbaik ialah korang private akaun social media supaya tak ada toxic people dalam kalangan followers korang. Ainaa sendiri private semua social media, bukan apa sebab tak nak orang yang tak berkenaan menyibuk tentang hidup kita.

OFF COMMENT

View this post on Instagram

Kembang 🐳

A post shared by Izara Aishah Adib (@izaraaishahofficial) on

Salah seorang selebriti Malaysia yang akan off comment dekat social media ialah Izara Aishah. Daripada sebelum kahwin sehinggalah dah ada anak, Izara tak buka komen di gambar Instagram dia. Cuma ada certain gambar sahaja yang dia akan on comment, itu pun ada limit. Bagus cara Izara  untuk elakkan negative people komen yang bukan-bukan.

Tak kisah kalau korang hanya pelajar sekolah, korang boleh ikut cara tangani pembuli siber ala-ala gaya selebriti ini okay. Memang kita ada hak untuk bersuara tetapi kita juga tak ada hak untuk komen benda yang tidak baik kepada sesiapa..

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cabaran Atau Goals Paling Mudah Nak Buat Tapi Selalu Gagal

Bintang TikTok Mesir Berhadapan Hukuman Mati