in ,

Asyik Tengok K-Drama, Jom Usha Drama Thai Pula

Sumber gambar: Pinterest

Arghh stress betul tengok K-drama, cerita dah best tapi kalau watak jahat memang menyakitkan hati sampai rasa nak marah!

Ya, Ainaa setuju sangat bila dalam K-drama, mesti akan ada satu watak antagonis yang sangat jahat, psycho dan pandai putar belit keadaan sampai kita yang tengok pun rasa sakit hati kemudian kita mengamuk diΒ social media, LOL! Sekarang ini pun nampaknya ramai tengah marah dengan drama The World Of The Marriage sampai buatkan Ainaa sendiri rasa nak join tengok drama itu juga. Tapi why not kali ini kita ubah angin sikit. Kita tengok drama Thailand pula okay? Let’s go!

IN TIME WITH YOU

Drama ini mengisahkan tentang Pimchanok yang telah menerima satu e-mail mengenai symptom tua sebelum umur pada hari lahirnya yang ke-30 tahun. Ketika usianya sudah menjangkau 30 tahun, dia tidak dapat menerima hakikat bahawa sahabat baiknya, Thanapan semakin hari semakin kacak jika dibandingkan dirinya sebagai seorang perempuan. Lalu Pim telah mencabar Thanapan untuk membuat perjanjian siapa antara mereka yang akan mendirikan rumah tangga terlebih dahulu sebelum usia menjangkau 35 tahun. At the same time, Thanapan juga menyimpan perasaan terhadap Pim! Sibuk sangat cari pasangan hidup sampai mereka sendiri tak sedar bahawa mereka ditakdirkan untuk bersama-sama. Woww, sweet ya drama ini ya bercinta dengan kawan baik sendiri!

SHADOW OF LOVE

Sepasang kembar perempuan dan lelaki yang bernama Kwan Oei dan Kwaan Ma yang mana si perempuan bersikap seperti seorang lelaki. Ibu mereka dengan sengaja memberi nama perempuan kepada mereka berdua kerana nak selamatkan anaknya daripada satu kejadian buruk yang berlaku dahulu. Demi menyimpan rahsia dan memori hitam itu, pasangan kembar itu memiliki nama perempuan. Tapi bila mereka dah besar, satu masalah lain pula timbul.

ANGEL BESIDE ME

Disebabkan bunyi yang kuat dari siling rumahnya, Lim hampir menamatkan riwayat hidupnya. Tapi kerana seorang pari-pari kacak yang bernama Michael Lansaladon yang terjatuh dari syurga, semuanya berubah. Rupa-rupanya Michael dalam diam telah memerhatikan Lin dalam senyap apabila dia sedang dalam perasaan marah, sedih, kecewa, sakit dan bahagia.

SWITCH

Pethra, seorang pelakon terkenal telah terlibat dalam aksi kejar mengejar bersama dengan seorang polis kacak iaitu Ramin. Ketika sedang berlari, mereka telah terjatuh dari satu bangunan dan mereka berdua terjatuh lalu cedera parah. Datang pula seorang bomoh yang hampir melanggar mereka telah membawa mereka ke hospital tetapi mereka sebenarnya akan mati. Disebabkan tak bersedia lagi untuk mati, bomoh tersebut telah membantu mereka berdua untuk melakukan upacara memasukkan roh ke dalam tubuh badan masing-masing. Upacara itu selamat tetapi malangnya roh mereka tertukar badan! Terpaksalah mereka ‘hidup’ di dalam badan berlainan.

Sekali sekala tengok drama Thailand best juga tau, asyik K-drama je. Boleh juga belajar cakap bahasa Thailand pula lepas ini. So korang pun dah boleh bercakap empat bahasa.. Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Bahasa Korea dan Bahasa Thailand! Wowww, nanti habis PKP boleh menunjuk sikit dekat kawan-kawan yang korang boleh bercakap dan faham banyak bahasa!

What do you think?

10 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dalgona Bukan Kopi Tapi Ia Sebenarnya Gula-Gula!

Salah Guna Gambar BTS, ARMY Mengamuk