in , ,

Asyik Nak Tipu Je, Susah Ke Nak Jujur? 😢

Sumber gambar: https://twitter.com/gizmodo/status/1068484139677028353
Sumber gambar: Lunaria.com

Hmm, tahu la kita ni still budak sekolah lagi tapi kalau dah bercinta tu jangan la nak bohong. Susah sangat ke nak jujur ni?

Siapa je yang tak geram kalau pasangan kita tipu kita? Bila dah kantoi alasan yang dia bagi ialah ‘tipu sunat’ atau tak ada niat nak menipu, cuma nak jaga hati je. Hello! Tak boleh dipercayai ya alasan macam tu. Hmm, untuk elakkan korang tertipu lagi, jom kita check sikit apa tanda si dia tu tengah bohong kita…

HIDUNG JADI KEMBANG KEMBANG

via GIPHY

Kalau korang jenis pemerhati, tengok sikit hidung si dia waktu dia tengah explain spmething. Kalau kembang-kembang tu maksudnya memang dia tengah putar cerita. Hidung dia akan jadi besar sikit daripada biasa sebab dia rasa tertekan akibat terpaksa fikir alasan untuk tipu kita. Lagi best package sekali berpeluh!

KAKI TAK DUDUK DIAM

via GIPHY

Kalau orang tak menipu, dia akan jadi tenang dan relaks je. Tapi kalau tengah menipu, kaki confirm tak mau duduk diam. Sekejap duduk relaks, sekejap silang kaki, nanti tiba-tiba dia goyang-goyang kaki pula. At the same time dia akan nampak gelisah sebab dah tak ada idea nak goreng dah. Haha! Kesian betul.

INTONASI SUARA BERUBAH

Sumber gambar: http://bisnisbandung.com/2017/09/27/hati-hati-google-memata-matai-suara-anda/

Maybe si dia memang jenis suara kasar dan garau. Time dah kantoi menipu, secara automatic suara dia akan berubah jadi lemah lembut je. Bukan tu je, dia juga akan usaha untuk habiskan perbualan dengan cepat supaya kita tak cam suara dia tengah berubah. Dia juga akan mengelak untuk jawab soalan maut yang secara automatic akan menunjukkan dia tengah menipu.

TENGAH BERCAKAP, BERHENTI SEKEJAP

via GIPHY

Biasanya orang yang bercakap jujur ni dia akan direct terus bercakap tanpa perlu fikirkan apa yang perlu dikatan lepas ni. Tapi kalau orang tu tengah menipu, dia akan cuba alihkan topik perbualan. Sambil tu perkataan yang biasa keluar ialah ‘urmm’ atau ‘eerrr’. Lagi best dia akan cakap ‘Tanya la kawan’ atau ‘percaya je la’ untuk kuatkan lagi kata-kata tu.

Senang je girls nak detect kalau si dia menipu kita. Kalau sekali dua tu boleh tahan lagi la, kalau selalu? Assalamualaikum, selamat tinggal kekasihku je la sis.

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Makan Banyak Sayur Pun Boleh Bahayakan Kesihatan?😱

Risau Krik Krik Waktu First Date? Cuba Cara Ni…