in ,

Asyik Main PUBG Je, Jom Main Riddle Pula!

Sumber gambar: youtube.com

Balik-balik game PUBG, MOBILE LEGEND, CANDY CRUSH… Boring~~ Kadang-kadang kita perlu juga main game yang menguji minda tau! At least boleh la kita asah sikit ketajaman minda dan daya kreativiti pemikiran.. #Lunagirls nak tahu game apa yang boleh mencabar minda kita? Sini Ainaa kongsikan..

MATH

Sumber gambar: play.google.com

#Lunagirls lemah dalam mata pelajaran Mathematics dan perlukan tips untuk kuasai mata pelajaran utama? Dalam game ni, korang akan selesaikan beberapa soalan dan ‘kutip’ tips untuk korang! Game ni akan melatih kedua-dua belah otak kita untuk berfikir.. One more thing, ia akan bantu korang mengurangkan stress dan buatkan kita jadi lebih fokus!

WHERE’S MY WATER? 2

Sumber gambar: Softonic

Nampak macam senang je nak menang, tapi hakikatnya korang kena fikir dengan teliti macam mana caranya untuk salurkan air ke dalam bath tub Swampy, Allie dan Crancy (si buaya)! This time game jadi lebih extreme sebab korang akan lalu dekat dalam saluran air, parit dan pantai.. Kali ni boleh sampai level 100 tau! Ainaa masih sangkut lagi dekat level 20.. Haha!

UNBLOCK ME

Sumber gambar: Google Play

Game puzzle ni boleh dikatakan game yang ramai orang suka main! Tapi untuk game Unblock Me ni menggunakan kayu blok as their main character! Cara untuk menang game ni ialah korang hanya kena keluarkan satu blok yang warnanya selain coklat je! Simple tapi kalau salah step, akan terus kalah! #Nangis Tapi #lunagirls boleh pilih mode untuk game ni iaitu Relax, Challenge, Multiplayer dan Daily Puzzle.

TEKA GAMBAR!

Sumber gambar: appannie.com

Ada empat pilihan gambar dan #Lunagirls kena teka jawapan disebalik semua gambar yang diberikan jadi satu perkataan! Kebanyakan orang yang main game ni akan geram sebab diorang tak dapat jawapan. Haha! Makin tinggi level, makin susah untuk korang teka. Make sure fokus dan fikir luar kotak tau girls!

Antara empat-empat game ni, Ainaa paling suka Teka Gambar sebab ia buatkan otak terus berfikir dan selagi tak dapat jawapan, selagi tu akan terus main sebab geram! Haha! Kalau korang ada game best yang lain, boleh la share dekat Ainaa ya! Kongsi gambar yang mencabar sikit tau..

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Oppa.. Unnie.. Annyeong.. Tu Je Ke Yang Kena Tahu?

Port Dalam Kelas Paling Boekk Gaiss!