in ,

Asyik Guna Meme Orang Je.. Jom Buat Meme Muka Sendiri!

Sumber gambar: www.lifewire.com

via GIPHY

#Lunagirls ada meme favorite yang selalu guna tak? Sekarang dah ada macam-macam meme orang create! Banyak betul idea nak buat lawak.. Korang nak cuba buat meme sendiri? Sebenarnya senang je buat tau dengan mengggunakan aplikasi! Tapi.. Tapi sayang… aplikasi meme ini hanya boleh digunakan oleh pengguna Android saja.. Sorry iPhone user! Now, jom kita tengok senarai apps meme yang korang boleh cuba!

MEMEFUL

Sumber Gambar: http://andrinerazzuri.blogspot.com

Apps Memeful ni takkan mengecewakan korang #Lunagirls! Sebabnya aplikasi ini dikatakan up-to-date sikit dari aplikasi yang lain tau.. Selalu update gambar baru, meme baru dan kalau korang bosan dengan meme yang sedia ada, korang boleh custom meme sendiri! Yass! If #Lunagirls ada simpan gambar candid kawan-kawan, korang boleh edit jadikan meme baru!

MEME GENERATOR FREE

Sumber Gambar: http://blog.evercoss.com

It’s FREE GIRLS! Walaupun aplikasi ni free.. Tapi jangan ingat yang free ini tak best tau! Aplikasi ini sendiri mempunyai 700 meme dan kalau korang nak buat meme sendiri, mereka ada sediakan banyak pilihan idea dan quote yang menarik dan lain daripada yang lain tau! Nampak tak apps ni sangat best walaupun free? Download sekarang, cuba buat satu dan tag Ummi okay!

GATM GENERATOR MEME

Sumber Gambar: https://techlomedia.in/

Ha! Kebiasaan aplikasi yang menggunakan gambar akan banyak ‘makan’ space tapi apps GATM ni special sikit! Korang boleh transfer memory internal to external, jadi ia takkan buat phone korang berat dengan data extra tu! Dan aplikasi GATM sangat rajin update features and filters baru untuk idea meme korang tau.. Menarikkan #Lunagirls?

MEME CREATOR

Sumber Gambar: https://www.trishtech.com

Kalau korang memang sangat kreatif dan nak aplikasi yang ada pelbagai features, #Lunagirls boleh guna Meme Creator! Dengan aplikasi ini korang boleh ubah size, jenis dan warna font! Dan yang paling gempak, korang boleh gabungkan gambar dalam satu! Meme Creator ada lebih 600 templates dengan ayat-ayat yang kelakar. Lepas ni korang boleh letak gambar kawan-kawan yang kelakar untuk dijadikan meme! Psst, letak gambar sendiri pun boleh!

Sebenarnya bila kita rajin buat meme, kita boleh jadi lebih kreatif tau! Bila tengok gambar candid, ada je idea untuk jadikan meme! Tapi Ummi nak pesan supaya buat meme yang kelakar je, bukan meme yang akan aibkan orang lain okay? Selamat mencuba!

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Oppa & Unnie Pergi Grammy Awards? Deabakk! 😱

BFF Yang Influencer, Kita Pula Yang Over!