in ,

Artis VS Depresi! Bagaimana Mereka Survive?

Bila kita tengok life idola, kita adore sangat sebab mereka popular, bergaya dan berjaya! Bukan setakat itu saja, mereka pun ada banyak sangat bakat dalam menyanyi, produce lagu, berlakon, bersukan dan banyak lagi. Tapi korang tahu tak sebenarnya kebanyakan daripada mereka ramai yang yang pernah lalui depresi yang memang beri impak dalam hidup mereka? Dan agaknya macam mana mereka boleh survive? Okay nah Zoe kongsikan…

BTS SUGA

Sumber Gambar:

Suga BTS sebenarnya sudah bergelut dengan depresi sejak hari pre-debut dan pada waktu dahulu dia sangat insecure tentang saiz badannya yang besar sehinggakan dia work hard untuk turunkan berat badan, dan sampailah satu masa dia accident dan doktor sarankan dia stop bersenam. Tapi lama kelamaan kalau ARMY perasan, Suga ada cakap yang sekarang ini dia sudah lebih bahagia dan seronok. Dia juga sangat berterima kasih pada ARMY sebab sentiasa beri kata-kata semangat dan sentiasa sokong BTS.

BIGBANG G-DRAGON

Sumber Gambar:

Sebelum G-dragon masuk military, dia ada beritahu dalam album EP ‘Kwon Ji Yong’ yang dia mengalami kesepian yang amat sangat dan sampaikan kesunyiannya melalui lagu Super Star. Siap  ada post satu posting Instagram yang mana dah lama dah gambar itu tertulis “I cannot handle people anymore…” tapi sekarang Zoe tengok dia macam dah happy saja di military? Mesti sebab kawan-kawan dia di situ baik-baik! Hehe

IU

Sumber Gambar:

Ada satu ketika dulu, IU dia rasa sangat tidak selesa dengan segala pujian orang ramai sebab ramai sangat yang puji dia sampai satu tahap dia rasa tertekan yang amat sangat dan pelik kenapa semua orang perlu puji dia. Sampaikan dia menghidap insomnia dan tak boleh nak jalankan promosi dengan baik. Hmm, walaupun pelik sikit jenis depresi yang IU hadapi ini tapi sekarang dia dah move on.

Sebenarnya ada lagi beberapa orang yang pernah melalui depresi tapi korang perlu tahu cara untuk bangkit dalam hidup. Macam idola kita tadi, salah satu sebab utama mereka bangkit pun untuk diri sendiri dan untuk orang-orang yang sayang mereka seperti korang peminat yang sentiasa menyokong. Ingat ya! Semua orang di sekeliling korang mesti ada yang sayang sangat pada diri korang dan why not kalau awak ada masalah sama seperti idola yang korang sayang. Korang ambil inspirasi dan motivasi dari kisah mereka untuk jadi lebih kuat!

What do you think?

8 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kulit Gelap Pun Boleh Bergaya Dengan Baju Warna Funky

Jom Order Makanan Guna Apps Ni!