in ,

Artis Perempuan Solo Yang Bertuah Kolaborasi Dengan BTS

Sumber gambar: somagnews.com

Disebabkan popularity luar biasa yang diraih oleh BTS, ramai sangat artis khususnya penyanyi nak berkolaborasi dengan BTS. Kalau kita tengok, penyanyi lelaki lebih mudah nak berkolaborasi sebab mereka sebab mesti tidak akan ada sebarang “ship” yang akan direka oleh peminat tak kiralah dari kalangan ARMY sendiri atau peminat lain. Tengok sahaja seperti Steve Aoki, Lauv, Desiigner, Troye Sivan, Lil Nas X, Juice WRLD, Ed Sheeran dan beberapa orang lagi. Kalau Big Hit nak bagi yang perempuan pun, rasanya mereka sendiri mesti akan pertimbangkan banyak kali dan memang bukan calang-calang wanita sahaja yang boleh kolaborasi dengan BTS tapi hari ini jom kita tengok siapa yang bertuah dapat kolaborasi dengan BTS.

SURAN

Kalau korang nak tahu, Suran merupakan antara artis yang paling selalu BTS buatkan lagu untuknya, atau lebih tepat Suga BTS. Bermula dengan Walkin, So Far Away dan Wine semua lagu yang dicipta oleh Suga untuk Suran memang banyak mendapat tempat tertinggi dalam carta muzik di Korea.

LEE SORA

Lee Sora antara artis wanita yang agak legend di Korea. Lagu Song Request ini dapat berkolaborasi dengan Suga BTS sekali lagi sebab Tablo EPIK HIGH yang mencadangkan kepada Lee Sora yang Suga adalah salah seorang producer yang paling tepat untuk lagunya yang baru ini. Memang best tau! Korang dah dengar ke belum?

HALSEY

Mesti ramai yang dah tahu bahawa Halsey ini memang berkawan dengan semua ahli BTS dan sudah pasti dengan senang hati BTS akan on saja untuk kolaborasi dengan Halsey betul tak? Dengan suara Halsey yang unik dan bersahaja, Suga BTS siap collaborate dengan Halsey di lagu mereka Interlude untuk albumnya Manic. Korang bolehlah dengar kalau nak chill chill.

HEIZE

Pernah dengar tak lagu We Don’t Talk Together oleh Heize? Sebenarnya lagu itu Suga BTS cipta untuk BTS tetapi disebabkan lagu itu kedengaran agak kurang sesuai dengan konsep lagu BTS, maka lagu ini pun akhirnya dinyanyikan oleh Heize. Memang tepat pemilihan Suga sebab Heize ini pun antara salah seorang penyanyi dengan vokal yang baik di Korea.

YOUNHA

Younha merupakan salah seorang penyanyi yang paling digemari ramai termasuklah RM BTS. Ibarat peminat yang paling berjaya, RM BTS siap berkolaborasi dengan Younha dalam Winter Flower untuk album barunya. RM BTS ini dah lama minat Younha dan sudah pasti dia tidak akan menolak permintaan idolanya? Hehe

Ini kalau penyanyi wanita solo, sebenarnya ada sahaja lagi yang berkolaborasi dengan BTS seperti Zara Larsson, Charli XCX, Nicki Minaj dalam lagu Idol dan SIA seperti baru-baru ini dalam lagu On untuk album Maps of The Soul: 7. Jadi, agak-agak korang siapa lagi artis perempuan yang akan berkolaborasi dengan BTS lagi selepas ini? Atau korang boleh sahaja nak komen siapa lagi artis perempuan yang korang nak BTS kolaborasi? Kalau Zoe, Zoe nak Jungkook kolaborasi dengan Ariana Grande sebab keduanya ada vokal yang memang power habis!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kenapa Lagu Baru Andi Bernadee Makin Seksi?

Alatan Makeup Yang Perlu Korang Selalu Bersihkan