in ,

Artis Malaysia Yang Suka Main Tiktok

Sumber gambar: tiktok.com

Tiktok memang menjadi pilihan ramai orang sekarang ini walaupun dulu ramai sangat di antara kita yang tak suka main Tiktok sebab kita rasa Tiktok itu satu aplikasi yang siapa main, dia cringe. Tapi, kalau kita tengok sekarang, Tiktok ini dah tak banyak yang cringe lagi sebab ramai dah pandai tunjukkan bakat mereka. Tak kisah lah buat dengan menari atau pun secara sketsa. Bukan setakat kita dan Tiktok famous sahaja yang reti main Tiktok tapi artis Malaysia yang ada dalam list ini pun agak kerap kita tengok buat video di Tiktok tau!

NORA DANISH

@nora_danish82♬ Tamil song – Low Kojack

Siapa sahaja yang tak kenal mother paling cantik dan sentiasa nampak muda ini kan! Nora Danish memang selalu tau buat video Tiktok menari tak kisah lah sendiri atau pun dengan dua orang puteranya yang comel-comel itu. Eee geram saja tengok!

AERIL ZAFREL

@aerilzafrel8♬ TUM HI HO – Aditya Roy Kapur,SHRADDHA KAPOOR

Bapa kepada tiga orang anak ini pun sama! Haha! Kalau siapa follow Aeril Zafrel tak kisah di mana-mana media sosial. Perangai kelakar dia itu memang buatkan semua orang nak cubit saja dia kan?! Lawak dia memang bersahaja dan memang kena dengan jiwa kita yang muda dan paling best bila tengok dia prank  atau bergurau dengan Wawa Zainal.

BABY SHIMA

@babyshimaofficialORANG NORMAL “VS” BUDAK TIK TOK ##stayathome##safehands#s#afehand#co#vid19 #bab#yshima p/s: subscribe youtube baby shima ok🙏🏻♬ bunyi asal – Babyshima

Penyanyi Baby Shima pun antara salah seorang selebriti yang dia buat Tiktok dengan menari tarian comel. Bukan setakat itu sahaja, dia ini pun memang slumber habis dengan pakcik guard pun dia pernah ajak menari tau! Hehe!

FIMIE DON

@fimiedonofficialMY LEO HARITH! ##fyp ##foryou♬ Windows Error Sound – zyxwvutsounds

Dah cakap dah, Fimie Don ini pun salah seorang millennial yang memang berbakat sebab di Tiktok dia, Let’s Learn Bahasa Melayu itu memang fun habis. Dah tengok tak baru-baru ini dia main pipi anak saudara dia? Eee comel je budak tu punya pipi! Macam mochi!

Ha, korang yang suka main Tiktok itu dah follow ke mereka ini kat Tiktok? Cubalah follow sebab not bad juga video mereka tau! Lagi-lagi musim korona ini memang bosan kan? Jadi boleh juga korang tengok video Tiktok sambil-sambil itu.

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Hati-Hati! Ini Tempat Bakteria ‘Berkumpul’

Aktiviti Rare Yang Terjadi Bila Lama Tak Keluar Rumah