in ,

Artis Korea Yang Setia Dengan Gayanya Sejak Debut

Sumber gambar: kprofiles.com

Jika masa itu boleh diputar semula kan best? Sebab, walaupun dunia sekarang lebih pantas, baik dan banyak kemudahan tetapi bila kita throw back semula zaman dulu memang seronok habis! Tak kira lah muzik ke, fesyen ke, makanan ke dan lain-lain. Kali ini, Zoe nak kongsi dengan korang tentang beberapa artis korea yang memang setia habis dengan gaya mereka sejak mereka debut lagi. Sebab memang kita tak nafikan muzik dan fesyen memang antara kombinasi yang baik dan artis dan pembawa kan karakter mereka itu memang sangat penting dalam industri sebab mereka akan mempengaruhi ramai orang, lebih lagi peminat mereka.

CL

Sumber gambar: soompi

Siapa saja yang tak kenal dengan badass leader queen ini kan? CL 2NE1 memang kalau kita tengok gayanya dari dulu sehingga kini, dia masih setia dengan winged eyeliner dia. Walaupun sudah bertukar make-up artist banyak kali eyeliner CL masih tetap on point! Dia pakai lah baju dengan gaya apa pun mengikut peredaran zaman mana sekali pun, gaya dia masuk dengan winged eyeliner.Β 

PARK BOM

Sumber gambar: koreaboo

Setia dengan rambut panjang dengan pony hairstyle dan bang dia itu. Memang Park Bom setia dengan rambut comel dia ala karakter anime girl itu. Walaupun sudah berusia 30-an, Park Bom memang nampak muda dan fresh dengan gayanya itu.

HYOLYN

Sumber gambar: allkpop

Antara K-Pop idol yang masih setia mengekalkan rambut panjangnya dengan kulit tan dia yang nampak eksotik itu. Hyolyn adalah salah seorang idol yang tidak mengikut beauty standard di Korea yang selalu menganggap kulit cerah adalah yang paling cantik. Dia juga setia dengan eyeliner yang menampakkan mata ala kucing.

GA IN

Sumber gambar: soompi

Kalau korang familiar dengan lagu Abracadabra, korang mesti kenal Ga In Brown Eyed Girls yang memang sampai sekarang setia dengan rambut potongan bob dia dan winged eyeliner. Konsep seksi itu masih dikekalkan oleh Ga In sehingga kini walaupun jarang aktif dalam industri hiburan K-Pop.

Pergh! Memang semua yang Zoe sebut ini memang queen of k-pop kan? Bukan setakat itu saja, mereka yang dalam list ini juga adalah antara mereka yang memang ada aura mereka yang tersendiri. Kalau orang lain tiru mereka, mesti kita akan nampak yang orang itu copy mereka dan sebab itu memang penting untuk kita confident dan be yourself sama seperti queen of k-pop ini! Hehe!Β 

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lama Menghilang, Ibu Goo Hara Muncul Tuntut Harta

Senarai Apps Yang Boleh Buat Dark Mode