in ,

Sedih & Memalukan, Artis Korea ‘Babi Fly’ Jadi Mangsa Cyberbully Netizen

Sumber gambar: Instagram @babi__fly

Wehh, nama dia BABI! Kenapa nama dia sama dengan nama binatang? Jom kita gelakkan dia ramai-ramai! Serang Instagram dia cepat!! – Netizen

Amboi, korang ni bab memalukan diri sendiri memang laju kan? Apa yang korang dapat dengan ketawakan nama seseorang tu? Hanya disebabkan nama dia Babi, korang sampai pergi ketawakan dia ya. Dalam dunia ni satu perkataan mempunyai maksud yang berlainan tau, so jangan ingat dekat sini nama babi tu ialah binatang dan dekat negara lain pun membawa maksud yang sama. No!

View this post on Instagram

😊

A post shared by So Young (@babi__fly) on

Baru-baru ni salah seorang anggota kumpulan K-idol Fly With Me iaitu So Young atau nama pentasnya Babi Fly telah diejek oleh segelintir netizen yang tidak bertanggungjawab. Mereka telah ‘menyerang’ gadis akaun Instagram gadis tersebut sehingga notificationΒ dia penuh dengan pengguna dari Malaysia.

Disebabkan itu, cantik itu tertanya-tanya mengapa begitu ramai pengguna dari Malaysia seakan-akan ‘menyerang’ dirinya tanpa diketahui punca sebenar. Gadis tersebut baru sahaja debut pada Jun tahun lepas bersama ahli kumpulanya yang lain. Tapi disebabkan nama pentasnya yang ‘unik’, dia menjadi tumpuan ramai.

Sumber gambar: Instagram @babi_fly

Siapa yang tak marah kalau ada orang nak kutuk nama dia? Kalau Ainaa pun sedih tau, ramai yang spam komen macam-macam. Kalau setakat komen biasa tak apa, ini ada yang caci maki, buat malu negara kita guys. Sehingga membuatkan So Young terpaksa memuat naik satu posting ‘special‘ buat netizen Malaysia yang tak bertanggungjawab itu.


Sumber gambar: The Rakyat Post

Baginya, dia langsung tidak berminat untuk mengetahui sebarang bahasa Malaysia, lebih-lebih lagi maksud perkataan ‘babi’ itu sendiri. At the same time, dia juga sempat memberi amaran keras kepada rakyat Malaysia sekiranya masih ada yang meinggalkan komen tak elok, dia akan terus membuat report atau block sahaja akaun tersebut.

View this post on Instagram

Sorry on behalf of Malaysia @babi__fly ❀

A post shared by Caprice (@capriceofficial) on

Aduhh, kesian dia! Ada tak antara korang yang turut join komen di Instagram So Young? Haihh, apa yang buatkan korang begitu ‘kurang bijak’ untuk tinggalkan komen diΒ profile seseorang ya? Jangan disebabkan nama seseorang itu memberi maksud kurang enak dalam bahasa Malaysia, kita nak kutuk dia. Dalam bahasa mereka itu membawa maksud yang lain,Β So berfikir terlebih dahulu sebelum nak buat sesuatu ya. Tolonglah jangan berfikiran sempit – dan memalukan diri sendiri.

Ini bukan kali pertama rakyat Malaysia ‘memalukan’ negara kita. Sebelum ini pun ada je artis luar negara lain yang menerima nasib yang sama iaitu Dua Lipa sendiri. Semuanya bermula apabila Dua Lipa memuat naik posting gambarnya bersama dengan bapa dengan caption dalam bahasa Albania iaitu ‘Happy Birthday Babi’ yang membawa maksud ‘Selamat Hari Lahir Ayah’. Nampak tak satu perkataan tak membawa maksud yang sama dalam sesebuah bahasa.

Malaysians rudely mock musician Dua Lipa's birthday message to ...
Sumber gambar: Coconuts

Harapnya lepas ini tak ada lagi isu macam ini berulang lagi ya. Bukan sahaja memalukan diri sendiri tapi turut memalukan negara kita. Just imagine kalau ada orang kutuk nama korang, mesti korang pun akan rasa marah betul tak? Itulah yang Babi Fly dan Dua Lipa rasa tau, so jangan buat macam itu lagi okay!

What do you think?

12 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Cara Simple Pakai Face Mask Untuk Hijabis

Siapa Kata Tak Boleh Belajar Sambil Main Filter Instagram?