in ,

Artis² K-Pop Yang Bukan Berasal Dari Korea

Sumber gambar: kpopping.com

Kalau dah namanya artis K-Pop, mesti untuk yang tak familiar dengan muzik K-Pop mesti akan ingat yang semua penyanyi K-Pop berasal dari Korea Selatan itu sendiri. Akan tetapi, kalau korang nak tahu. Sejak K-Pop idol generasi kedua lagi, sudah ada beberapa orang K-Pop idol yang juga berasal dari luar Korea Selatan. Sebagai contoh, ada yang dari Jepun, China, Hong Kong, Thailand dan baru-baru ini juga ada yang berasal dari Malaysia dan Indonesia. Jom kita tengok siapa sahaja K-Pop idol yang bukan berasal dari Korea.

THAILAND

Sumber gambar: pinterest

Kalau dulu, Nichkhun 2PM adalah di antara K-Pop idol yang menarik perhatian orang sebab dia satu-satunya yang berasal dari negara gajah putih itu. Akan tetapi, sekarang kita dapat tengok ramai juga K-Pop yang berasal dari Thailand seperti Lisa BLACKPINK, Ten NCT, BamBam GOT7, Minnie (G)I-DLE, Sorn CLC, Joy RaNia, dan mungkin pada masa akan datang, ada lagi K-Pop idol yang berasal dari negara gajah putih ini.

INDONESIA

Sumber gambar: koreaboo

Setakat ini, hanya nama Dita Karang dari girl group Secret Number sahaja yang mendapat perhatian peminat K-Pop baru-baru ini. Akan tetapi, ada juga beberapa K-Pop idol yang berasal dari Indonesia seperti Mavin Z-Boys, Vanya Z-Girls dan juga Loudi 14U yang mana kumpulan itu sudah pun dibubarkan.

MALAYSIA

Sumber gambar: pinterest

Satu-satunya K-Pop idol yang berasal dari Malaysia iaitu Isaac Voo. Isaac berasal dari Sabah dan selepas dia masuk salah satu rancangan uji bakat yang disiarkan di Mnet iaitu Boys24 pada tahun 2016. Akhirnya, Isaac debut sebagai ahli In2It dengan lagu debut “Carpe Diem” (2017). Bukan setakat itu sahaja, malah Isaac juga pernah mengajar anggota In2It yang lain untuk berbahasa Melayu.

JEPUN

Sumber gambar: terminal k

Tidak asing lagi untuk peminat K-Pop, mesti ramai juga yang tahu semakin berkembang muzik K-Pop, semakin ramai juga K-Pop idol yang berasal dari Jepun. Seperti yang sesetengah dari kita kenal dan tidak asing lagi nama mereka adalah Momo, Sana dan Mina TWICE, Yuta NCT, Yuto PENTAGON, Remi Cherry Bullet, Miya GWSN dan ramai lagi.

HONG KONG/ CHINA

Sumber gambar: kprofiles

Selain Jepun, ada juga beberapa orang K-Pop idol yang berasal dari Hong Kong dan China. Biasanya, artis K-Pop yang berasal dari Hong Kong dan China ini juga tidak asing dalam agensi seperti SM Entertainment dan JYP Entertainment. Antara K-Pop idol yang berasal dari Hong Kong dan China adalah Lay Zhang EXO, Jackson Wang GOT7, Lai Kuan-lin Wanna One, Chenle NCT, Lucas NCT, Winwin NCT, Renjun NCT, Kun NCT, Xiao Jun NCT, Hendery NCT, Yangyang NCT, Yan An PENTAGON dan The8 SEVENTEEN.

Jadi, ada lagi ke mana-mana K-Pop idol yang korang tahu bukan berasal dari Korea? Kalau ada cubalah komen dan kongsi info dengan kami. Korang boleh juga kongsi pendapat tentang apa yang akan jadi kalau selepas ini, jika semakin ramai K-Pop idol yang bukan dari Korea sendiri. 

What do you think?

5 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Bila Boyfriend Salah Faham, Korang Boleh Cuba Cara Ini

Seminggu Keluar Album ‘Comeback’, 1THE9 (Wonder 9) Terpaksa Dibubarkan