in ,

Artis BBNU Bercinta Sama Sendiri, No.4 Paling Cute!

Sumber gambar: Instagram @shalmaeliana / @sweetqismina

Ehh dia bercinta dengan siapa sebenarnya? Hari itu macam dah putus cinta, tapi sekarang dah bercinta balik? Cepatnya dah jumpa pengganti baru?

Pelik ke kalau baru putus cinta tapi dah ada pengganti baru? Memang tak dinafikan agak susah untuk terima orang baru dalam hidup kita. Tapi sekarang ini korang perasan tak ramai artis BBNU bercinta sesama mereka? Tapi even bercinta sama mereka pun, tidaklah sampai effect kerjaya masing-masing. Still boleh menjalani kehidupan macam biasa cuma agak terhad sikit kalau nak keluar dating sebab masing-masing sibuk dengan kerja. Jom kita intai sikit siapa agaknya artis BBNU yang tengah hangat bercinta sama mereka.

SWEET QISMINA DAN ADAM LEE

Mula-mula digandingkan dalam satu drama, tapi lama-lama bercinta pula di lokasi pengambaran. Cute je bila tengok Sweet Qismina dengan Adam Lee. For those yang tak tahu lagi, Adam Lee ialah sepupu kepada pelakon cute Janna Nick! Kalau ikutkan news, Adam dan Sweet mula berkawan since Oktober tahun lepas dan akhirnya sampai sekarang mereka berdua dah bercinta. Kalau korang tengok kebanyakan gambar mereka berdua, memang nampak cute sangat! Seorang kecil molek dan seorang lagi pula tinggi lampai. Macam couple dalam drama Korea… Adam Lee pun boleh tahan K-Pop juga gaya dia! Kalau korang nak tengok lagi gambar cute mereka berdua, bolehΒ stalk Instagram Adam dan Sweet.

ISMAIL IZZANI DAN SHALMA ELIANA

Bestnya kalau bercinta dengan orang yang suara sedap! Lagi best kalau dua-dua boleh menyanyi. Perfect match bila tengok Ismail Izzani dengan Shalma Eliana, dua-dua cute sangat! Kalau korang nak tahu, Shalma Eliana boleh dikatakan penyanyi baru yang tengah meningkat naik di YouTube. Sebelum ini dia banyak cover lagu best dekat YouTube. But since dah bercinta dengan Ismail, mereka berdua mungkin boleh duet sama-sama. Kalau korang fans Ismail, korang perasan yang Shalma selalu ada sekali kalau ada event family Ismail. Nampaknya cinta dah direstui oleh keluarga. Mungkin lepas ini Ismail akan menamatkan zaman bujang? Heart broken sis..

ARIFF BAHRAN DAN SARAH SUHAIRI

View this post on Instagram

found her β£οΈπŸ’

A post shared by Bahran (@ariffbahran) on

Ada one timeΒ tular diΒ social media yang katanya Ariff Bahran hangat bercinta dengan Sarah Suhairi selepas mereka sama-sama join satu program realiti. That time ramai fans Ariff kecewa sebab penyanyi pujaan hati mereka dah dimiliki sehinggakan ada yang frust menonggeng katanya. Bukan itu saja, ada juga ura-ura mengatakan yang Ariff ada perasaan pada Sissy Iman yang juga rakan seperjuangan mereka dalam program realiti tersebut. So mana satu cinta hati Ariff? Sarah ke Sissy? SebenarnyaΒ semua itu hanya gosip sahaja sebab Ariff sekarang dah ada girlfriend yang betul-betul tau! Cuma girlfriend dia bukanlah Sarah Suhairi atau Sissy Iman, tapi orang lain, hehe! So fans Ariff dah boleh kecewa sekarang sebab hatinya memang dah dimiliki oleh orang lain.

CAPRICE DAN MIRA FILZAH

Wow! Biar betul mereka berdua bercinta? Bukan ke Mira Filzah sebelum ini ramai orang cakap dia bercinta dengan Remy Ishak? Alamak! Macam mana dua orang kanda berebut seorang dinda?! Kalau korang follow Caprice, korang tahu yang Caprice banyak bagi hint macam dia suka dekat Mira Filzah. Tapi tak tahulah sama ada perkara itu betul atau tidak sebab masing-masing tak keluarkan apa-apa statement. Tapi baru-baru ini Caprice ada buat satu lagu berjudul ‘Baby Sayang’ yang dikatakan khas buat Mira sebab before this perkataan ‘baby sayang’ itu jadi viral lepas jadi sebutan oleh Mira sendiri. Bukan main happy Caprice dapat buat music video dengan Mira ya, sampai terketar-ketar katanya. Best-nya ada orang buatkan lagu untuk kita.. Haihh jealousΒ sis dibuatnya!

Disclaimer: Mira Filzah, Caprice dan Remy Ishak bukanlah artis BBNU. Sis saja masukkan nama mereka sebab mereka macam sesuai je kalau bercinta, hehe!

Actually kebanyakan selebriti Malaysia mereka lebih selesa sorokkan status percintaan. Masing-masing ada kerjaya yang perlu dijaga, takut pula hubungan tersebutΒ effect pada diri masing-masing. Tapi sebagai selebriti mesti mereka tahu macam mana nak bahagikan masa antara kerjaya dan percintaan. Apa pun, kita doakan yang baik-baik untuk semua orang yang tengah dalam fasa bercinta okay! Ehemm, korang pun sama. Bercinta elok-elok, jangan sampai lupa study okay!

What do you think?

-9 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lelaki Akan Nampak Comel Bila Mereka…

5 Artis Lelaki BBNU Pujaan Hati Gadis-Gadis