in ,

Art Toy BTS New Merchandise Untuk Army

Sumber gambar: https://www.soompi.com/article/1181375wpp/bts-updates-family-album-new-photos-2018-bts-festa

BTS! BTS! BTS! Berapa  banyak doll BTS nak ada ni?

Hampir setiap hari ada je news tentang BTS. Walaupun Zoe sendiri salah seorang ARMY tapi kalau setiap hari Big Hit nak keluarkan surprise risau Zoe tak cukup masa nak keep up! Haha! Big Hit sediakan macam-macam tentang BTS untuk hargai ARMY! Kali ini katanya ada mini doll special untuk kita tau..

Sumber gambar:

Untuk kali ini, Big Hit baru saja umumkan yang new merchandise BTS yang dinamakan ART TOY. Kali ini patung BTS yang diinspirasikan dari era HYYH atau nama panjangnya Hwa Yong Yeon Hwa yang membawa makna The Most Beautiful Moment in Life. Woah! Menarik sangat sebab bermula zaman inilah segala teori BTS bermula.

Sumber gambar:

Apa itu teori BTS? Walaupun terlalu deep untuk fahamkan tapi Zoe cuba terangkan.. Apa yang Zoe tahu adalah mereka buat patung mengikut era album BTS waktu 2015-2016 semula dan setiap barang-barang yang dijadikan permainan patung itu juga dikaitkan dengan setiap ahli BTS dalam video muzik mereka yang lepas.

Sumber gambar:

Selain itu, untuk pengetahuan korang juga, asas dari BTS Universe baru ini juga diinspirasikan dari HYYH dan bukan itu saja, ia juga adalah point yang kembangkan era Love Yourself dan Map of the Soul. OMG!Teori apa yang BTS cuba nak sampaikan ini? Berpusing otak nak fikir teori BTS ini.

Walau bagaimanapun, Zoe tak sure bila tarikh rasmi Big Hit akan keluarkan ART TOY ini sebab pengumuman ini baru sangat. Jadi, prepare sajalah duit awak kalau nak beli ya! Hmm, Zoe wondering, apa lagi plan BTS dan Big Hit untuk ARMY ya? Sebab banyak sangat surprise yang mereka bagi dalam tempoh hiatus mereka kali ini!

via GIPHY

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Angry Birds Face Paint Challenge.

Han-byul Berjaya ‘Pikat Hati’ Gadis-Gadis!