in ,

ARMY Buat Projek Hutan Sempena Birthday RM BTS

Sumber gambar: https://twitter.com/BTS_twt

Kim Namjoon atau RM beruntung sangat untuk birthday dia kali ini sebab ARMY di Korea cipta satu hutan di kawasan sungai Hangang, Seoul. Wah bagusnya ARMY ini! Kalau korang nak tahu seramai 250 orang ARMY yang terlibat tau untuk tanam 1,250 batang pokok. Aww, environmental friendly peminat RM rupanya. Kalau ARMY di Malaysia buat macam ini mesti lebih power!

Sumber gambar:

Untuk pengetahuan awak, birthday RM jatuh pada 12 September ini dan hutan ini adalah sebagai hadiah untuk leader BTS daripada ARMY. Seterusnya, ia juga dinamakan sebagai  “RM FOREST NO.1”. Wow! Ada plan nak nak buat hutan kedua pula ke ARMY? Hehe. Mungkin No.2 akan buat di Malaysia? Jeng jeng jeng..

Sumber gambar:

FYI #Lunagirls, projek RM Forest itu telah mendapat sumbangan dari RM stan yang berjumlah keseluruhan 11,114,000 Korea Won iaitu RM 38,883. Ia menunjukkan kepada jumlah yang didapatkan dari tambahan 1,994,000 Korea Won, menunjukkan tahun 1994 kelahiran RM dan 9.12 juta Korea Won yang menandakan hari lahirnya 12 September. Kreatif betul ARMY ini!

Sumber gambar:

Ia dibuat khas oleh ARMY untuk sebab RM ini suka sangat dekat nature, seni dan benda yang chill. Ini juga merupakan inspirasi buat ARMY sebab katanya mereka boleh “Go Green”. Bagus betul BTS ini sebab selalu bagi inspirasi yang baik untuk para ARMY.

Sumber gambar:

Agak-agak RM tahu tak apa yang ARMY buat untuk dia ini? Kalau dia tahu mesti dia seronok sangatkan? Lebih lagi nature itu adalah satu perkara yang dia sangat suka. Zoe harap korang para ARMY bukan setakat sayang alam sekejap sebab birthday idola korang saja tau, semoga niat baik korang nak save the planet itu kekal sampai bila-bila.

What do you think?

4 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Perempuan Lelaki, Dua-Dua Pun Boleh Main E-Sport

Student Jepun Pun Minat Nak Belajar Tulisan Jawi