in ,

Ariff Bahran Bakal Keluar Lagu Baru? Ini Fun Fact Tentangnya

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Selamat jalan cinta, semoga bahagia, kaulah pemenangnya. Kaulah yang juara, kau menangi hatiku, kau juara dusta. Kau dustai aku dengan mimpimu, yang hanya membuatku terus berharap…

Sumber gambar: Lunaria.com.my

Siapa tahu lagu yang Ainaa baru lepas ‘menyanyi’ dekat atas tadi? Haaa, mestilah lagu Ariff Bahran kesayangan korang! Korang tahu tak yang hari Rabu lepas ialah birthday Ariff atau lebih mesra disapa sebagai Bahran menyambut hari lahir yang ke-22! Happy belated birthday Bahran!

Since birthday dia baru lepas last week,Β Ainaa dengan Faya dijemput ke majlis sambutan hari lahir Bahran! Majlis itu diberi namaΒ A Day With Ariff Bahran dan tema majlisnya ialah hijau putih. Waktu mula masuk ke hall event, terus rasa macam vibes orang kahwin. Ingatkan ada majlis kahwin, rupanya birthday celebration sebab memang cantik sangat dekorasi yang dilakukan oleh Bahranators. Waktu itu Ainaa sempat berbual sekejap dengan Bahran tentang beberapa perkara tentang dirinya yang mungkin tak diketahui oleh fans sendiri. Korang nak tahu apa? Check out dekat bawah…

SEORANG YANG SERIOUS TAPI…

View this post on Instagram

drop your favourite lyrics of mine? πŸ˜†

A post shared by Bahran (@ariffbahran) on

Muka cute macam Bahran ini rupa-rupanya seorang yang serious! Tak expect langsung yang Bahran boleh jadi seorangΒ serious. Ehh tapi rasanya tak pelik kot kalau dia serious, sebab kalau berkaitan dengan kerja memang ‘wajib’ untuk jadi sorang yang serious! Kalau tidak, bila nak siap kerja? Asyik nak main-main betul tak? Menurut Bahran, dia boleh jadi seorang yang serious bila ia berkaitan dengan kerja. So korang semua kalau ada peluang bekerjasama dengan Bahran, please take it serious!Β Korang pun bolehΒ adapt dalam diri supaya menjadi seorang yang serius bila melibatkan kerja.

ANAK SULUNG RUPANYA

Tengok gaya macam anak bongsu sebab ada nampak manjanya.. Rupa-rupanya bila dah ditanya, anak sulung ya! Untuk pengetahuan korang semua, Bahran merupakan anak sulung daripada tujuh orang adik beradik! Waktu birthday celebrationΒ Bahran ada bawa empat orang adik beradik dia yang mana semuanya lelaki. Wowww, ramai hero dalam family ni! Nak adaΒ heroin kena tunggu Bahran ada girlfriend, eh bukan dah ada ke? Opssss..

ALBUM BARU

View this post on Instagram

passion ♠️

A post shared by Bahran (@ariffbahran) on

Tahun 2018 boleh dikatakan sebagai tahun bertuah bagi Bahran lepas dia menyertai program realiti Big Stage. Since dia masuk program tersebut, nama Ariff Bahran mula dikenali ramai. Walaupun gagal ke pentas final, Bahran tersingkir dekat konsert separuh akhir dan gagal ke konsert akhir. But it’s okay sebab menang kalah kan adat pertandingan. Sekarang ini nama Bahran memang dikenali ramai dan disebabkan itu dia akan release album baru pada tahun ini! Bagi Bahran, album kali ini ialah hadiah untuk Bahranators yang selalu support dia daripada mula sampai sekarang. Korang tunggu je okay album baru dia!

KOMPOS LAGU BARU

Lagu baru pun tengah OTW?! Alamakkk, tak sabarnya rasa nak dengar lagu baru Bahran! Waktu awal kemunculan Bahran ke industri seni, lagu pertama dia ialah berjudul Kata Akhirmu yang berjaya mencapai sebanyak 16 juta kali tontonan dekat YouTube, diikuti dengan lagu Juara Dusta dan Bicara Dusta. Tak lama lagi, lagu keempat Bahran akan keluar dan korang rasa apa genre yang akan dibawa kali ini? Mungkin genre cinta juga? Tak ada langsung hint untuk teka ini, memang tak sabar nak tunggu pula ini.

ADA GIRLFRIEND KE TAK ADA NI?

View this post on Instagram

found her β£οΈπŸ’

A post shared by Bahran (@ariffbahran) on

Girlfriend? You guys kena find out sendiri, siapakah dia tu.

Ini la yang paling ditunggu-tunggu sekali! Masih menjadi tanda tanya dan persoalan dalam minda fans. Bahran ni sebenarnya dah ada girlfriend ke belum ni? Ainaa sempat la juga tanyakan dekat Bahran, sama-ada dia sudah berpunya atau belum. Tapi macam biasa la, Bahran mesti akan sorok relationship dia daripada umum kan. Kalau korang perasan dekat Instagram Bahran, dia ada post satu gambar dekat dalam kereta dengan caption yang buatkan ramai lebih tertanya-tanya. Ehemm tapi rasanya macam ada nampak je this girl dekat event haritu, hehe!

So girls, korang dah tahu ke belum serba sedikit tentang Bahran ni? Ada tak antara dekat atas ini yang korang memang dah tahu? Rasanya maybe ada yang korang tak tahu kan? Hehe! Lepas ni korang nak Ainaa tanya siapa pula?

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Top 5 Alasan Kenapa Parents Tidak Bagi Bercinta Waktu Sekolah

K-Pop Idol Yang Mungkin Akan Pergi Military 2020