in , ,

Arghh…Badan Berjerawat!

Sumber gambar: www.saintseuropeanskincare.com

Hi girls! Jerawat badan ni memang suka-suka je naik, kadang tak ada signal pun! Stress kan? LUNARIA faham sangat! Kalau ada #Lunagirls yang tengah cari jalan penyelesaian, nah LUNARIA kongsikan cara untuk kurangkan jerawat badan!

PAKAIAN SERAP PELUH

via GIPHY

Korang harus elakkan pakai pakaian yang tidak menyerap peluh. Pakai t-shirt jenis kain fabrik kapas sebab ia lebih mudah menyerap peluh dan kering lebih cepat tau! So kalau pakai untuk tempoh yang lama pun #Lunagirls akan tetap selesa!

RAJIN TUKAR BAJU

via GIPHY

Kalau #Lunagirls cepat berpeluh, baju yang dah diguna terus basuh, jangan pakai berulang kali okay? Kadang nampak je bersih tapi kita tak tahu apa kotoran yang dah melekat ya girls! Lagi pun dengan cara ni boleh elakkan badan berbau!

JAGA PEMAKANAN

via GIPHY

Amalkan gaya makanan yang sihat, elakkan berminyak dan lebihkan makan sayur-sayuran! Boleh je kalau sekali-sekala #Lunagirls nak makan keropok atau snacks, tapi jaga kuantiti okay girls? Jangan pula makan berbungkus sekali hadap! Hehe!

KERINGKAN PELUH

via GIPHY

 

Ha! Ni mesti ada beberapa antara #Lunagirls yang buat! Balik sekolah, balik lepak atau dari luar rasa penat terus baring dekat katil kan? No no girls! Tak elok tau sebab nanti pori-pori kulit tertutup oleh peluh dan kulit badan sukar bernafas!

LUNARIA nak pesan, korang jangan sesekali garu atau picit jerawat badan please! Korang biarkan dia mengecut sendiri. Biasalah jerawat akan tumbuh time umur-umur macam kita ni. Hormon tengah rancak kan! Hehe!

What do you think?

1 point
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tidur Lebih Lena Apabila Dengar Lagu!

Gadis Berhijab Kena Tahu Tips Ni!