in ,

Apps Yang Boleh Kita Layan Sepanjang Di Rumah

Sumber gambar: calvindude.com

Tengahari tadi, Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada umumkan bahawa perintah kawalan pergerakan ini akan dilanjutkan sehingga 14 April iaitu penambahan selama hampir dua minggu. For those yang sekolah asrama, korang tak perlu lagi pulang ke asrama sebab masa tambahan telah diberikan demi keselamatan dan kesihatan semua orang.

Dengan itu, korang ada banyak lagi masa untuk dihabiskan dekat rumah bersama dengan keluarga! Yeayy, jangan bergaduh pula dengan adik-beradik yang lain ya. Tak apa, LUNARIA faham korang pun mesti dah bosan duduk dekat rumah betul tak? Actually banyak lagi benda yang boleh dibuat, antaranya ialah kita explore sepanjang ‘cuti’ ini. Ainaa dah explore beberapa apps yang sesuai untuk korang layan sampai bulan depan, jom kita tengok!

INSHOT

Image result for inshot
Sumber gambar: Journalism

Bosan bosan dekat rumah, cuba korang scroll gallery phone. Mesti ada banyak video best betul tak? Gambar-gambar lama dengan kawan-kawan atau familyΒ kalau tak nak dibuang, ada baiknya kalau combine menjadikan satu video! Ya, kita main edit gambar dan videoΒ guys! Inshot memang apps yang best sangat, banyak juga video yang Ainaa dah edit gunakan Inshot ini. Banyak juga effect best dan filter yang sesuai untuk jiwa muda macam kita, hehe! At the same time sekarang ini Inshot dah boleh export lagu terus tau, so that bila edit video dah tak perlu susah nak export lagu melalui iTunes, tapi boleh terus export dari gallery. Macam Ainaa buat, Ainaa akan screen record dulu lagu yang Ainaa nak melalui YouTube dan terus export masuk dalam Inshot, mudahkan?

TIKTOK

@lunariamyBersin elok elok guys 😑 Jangan jadi mcm dia ni! ##coronavirus ##staysafe ##tiktokmalaysia ##foryourpage ##cznburak♬ Suspense Music – The Columbia River Players

Sepanjang masa seminggu ini, Ainaa dah berjaya hafal 4 step tarian lagu TikTok yang mana sebelum ini susah untuk Ainaa hafal, haha! Berkat RMO, Ainaa dah berjaya ingat step tarian, korang macam ini juga tak? Baik mengaku sebab sekarang bila buka Tiktok, makin banyak video orang menari je. Tapi Tiktok bukan sahaja setakat hiburan orang menari, tapi ada juga yang siap share resepi masakan tau. Ala, macam resepi Dolgano Coffee, semua dari Tiktok. Nampak sebenarnya Tiktok bukan hanya apps yang melalaikan, tapi ada juga input baiknya. Cuma jangan sampai terlampau leka ya, nanti kena ketuk kepala dengan mak, opss!

PLATO

Image result for plato game
Sumber gambar: Gehack

Game time! Bosankan asyik main game seorang diri je? Jom ajak kawan-kawan yang lain install apps Plato dan main beramai-ramai. Mesti korang dah tak bosan sebab dekat dalam ini ada banyak sangat game yang best. Korang hanya perlu create account, create username sendiri dan share pada kawan-kawan yang ada account Plato juga. Kalau korang dah ada akaun Plato, jomΒ add Ainaa, boleh kita main sekali apa-apa game yang best! Username Ainaa ialah AinaaPijah, hehe! Nanti kalau dah add boleh kita battle apa-apa game dekat sana. Jumpa korang dekat Plato okay nanti girls!

MUSLIM PRO

Image result for muslim pro
Sumber gambar: Rexdl

Ehem, inilah masanya untuk kita tambah amal kebaikan dalam diri. Since kita sedang dilanda bencana, boleh kita berdoa sikit dan amalkan apa-apa yang boleh menambah pahala. For those yang masih belum habis ganti puasa, korang boleh ganti puasa sekarang sebab ada banyak masa i rumah. At the same time, dekat dalam apps Muslim Pro ada ayat al-Quran juga, boleh kita mengaji sekali. Bukan itu saja, ada juga disediakan doa-doa harian dan zikir harian. Selain apps Muslim Pro, ada banyak lagi apps lain contohnya Mengaji.com which is apps yang direka sendiri oleh Caprice, korang boleh check out juga okay!

Sama-sama kita doakan supaya Malaysia kembali pulih seperti sediakala. Semua orang tengah rindu nak hang out dengan kawan-kawan, picnicΒ ramai-ramai, mandi kolam atau pergi pantai! Stay safe everyone, jangan keluar rumah kalau tak perlu okay!

What do you think?

13 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments