in ,

Apps Untuk Ambil Gambar Kalah Professional!

Sumber gambar: www.digitalcameraworld.com

Mesti tak lengkap hari-hari #Lunagirls kalau keluar tak tangkap gambar kan? Ada yang tak suka ambil gambar sendiri tapi suka ambil gambar views atau bangunan! Tapi kalau nak lebih cool.. apa kata guna aplikasi yang LUNARIA suggest ni! Mesti macam pro babe!

POLARR

Sumber Gambar: https://cafebazaar.ir

Aplikasi Polarr akan menampakkan detail pada setiap gambar lebih terperinci! Dan mempunyai filter yang membolehkan korang mengubah warna, pencahayaan dan bermacam lagi secara manual tau!

SNAPSEED

Sumber Gambar: http://cocosteaparty.com

Dicipta oleh Google, aplikasi ini ada filter untuk korang rotate, dan beberapa lagi filter yang boleh pilih ikut taste korang! Nak lebih warna pink atau purple ala Korean, semua boleh!

ENLIGHT

Sumber Gambar: https://www.digitaltrends.com

Bagi sesiapa yang suka gabungkan seni dengan gambar OOTD korang, Enlight adalah aplikasi yang paling sesuai untuk korang! Sebab ada beberapa filter yang boleh ditambah untuk transform gambar korang kepada satu benda baru!

ADOBE PHOTOSHOP LIGHTROOM

Sumber Gambar: https://theblog.adobe.com

Nak gambar korang nampak professional? Aplikasi ni memberikan korang kualiti gambar yang terbaik dengan beberapa filter yang tersedia sama ada secara manual ataupun auto.

AFTERLIGHT

Sumber Gambar: http://www.gracebee.co.uk

Afterlight sediakan 74 filter, 128 frame gambar dan bermacam lagi! Ia membuatkan Afterlight aplikasi terbaik untuk korang yang suka #OOTD dan edit gambar!

Kepada sesiapa yang minat tangkap gambar pemandang ataupun bangunan tu, jangan lupa tau download aplikasi ni.. sebab gambar korang akan nampak macam professional guna camera padahal guna phone je.. hihi! Selamat mencuba!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Okay Ke Kalau Tak Balik Kampung Untuk Beraya?

Mix & Match Tudung Dan Baju Kurung Raya