in ,

Apple Tangguhkan Keluaran iPhone Baru

Sumber gambar: businessinsider.my

Woww, dalam masa setahun, berapa banyak phone baru yang syarikat Apple nak keluarkan? Tak sempat langsung nak kejar.

Macam yang kita semua tahu, syarikat Apple merupakan pengeluar phone yang diminati ramai. Tak kisah berapa pun harga phone yang mereka jual, confirm orang ramai akan tetap beli juga. Ada juga yang sanggup beratur awal pagi sebab nak jadi orang pertama memiliki phone baru keluaran Apple. Since korang pun masih bersekolah, maybe korang tak ada nak beratur tu. Boleh jadi adik-beradik atau parents sendiri, hehe!

Untuk phone latest keluaran Apple bagi tahun ini ialah iPhone 9 which is seakan-akan iPhone SE dan iPhone 7. Walaupun sebelum ini dah banyak kali kita dengar phoneΒ akan release pada tahun 2020, tapi disebabkan masalah virus Covid-19 membuatkan mereka terpaksa tangguhkan lagi tarikh keluaran dan masih lagi dalam tanda tanya. Kali ini, screen iPhone 9 mempunyai kelebaran 5.5 inci.

Image result for iphone 9
Sumber gambar: Gsmarena

Walaupun ia merupakan iPhone 9, tetapi menggunakan cip sama seperti iPhone 11. So, starting iOS untuk iPhone 9 ialah iOS 14. Dengarnya phone ini akan ‘menggantikan’ iPhone 8 dan 8 Plus yang telah dikeluarkan pada tahun 2017 yang lepas. Kini, iPhone 9 dan 9 Plus kemungkinan besar akan mempunyai Touch ID sama iPhone 8.

Sebelum ini, ada juga dengar berita tentang beberapa produk Apple yang akan menggunakan iOS 14 which is antaranya ialah untuk iPhone 9, iPad Pro dan juga Apple TV. Untuk iPhone 9, kita boleh terus unlock phone dengan menggunakan cap jari macam iPhone 6, 7 dan 8 iaitu button Home masih lagi akan tertera di iPhone terbaru ini.

Tapi ada juga yang mengatakan ia akan mempunyai FaceID. Mana satu pun tak tahu lagi since semua ini masih lagi dalam tanda tanya. Kita tunggu saja nanti bila dah release. Bagi iPad Pro, ia akan memiliki sebanyak tiga kamera belakang bersama dengan sensor 3D Time-of-Flight yang mana ia mampu mengambil gambar yang cantik sama seperti iPhone yang lain.

Image result for iphone 9
Sumber gambar: Macrumors

Terkini, syarikat Apple masih lagi dalam kerja menaik taraf Apple TV box dan remote baru untuk menggantikan Siri Remote yang mana akan memudahkan pengguna. Memang banyak betul produk Apple sekarang ini.. Satu demi satu dikeluarkan sampai kita pun tak tahu yang mana satu paling latest sebab masih ada yang lagi latest.

Apa pun untuk semua peminat dan pengguna iPhone, make sure korang jangan lupa untuk update iOS selalu ya sebab takut kalau dibiarkan tanpa update, korang tak boleh gunakan beberapa apps yang ada. Tapi kalau nak update, gunakan iTune di laptop dan jangan update pakai WiFi terus melalui phone sebab takut phone cepat rosak.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Filem Korea Seram Next Level Korang Harus Tonton!

Cara Maintain Bulu Lambat Panjang Selepas Shave