in ,

Aplikasi Yang Sesuai Untuk Korang Online Class!

Sumber gambar: bebasnews.my

Musim PKP ini, walaupun ramai yang duduk di rumah.. tapi masih ramai lagi yang menjalankan tanggungjawab mereka seperti biasa di rumah. Contohnya, seperti pekerja yang work from home, cikgu-cikgu pula mesti ada yang tengah memikirkan apa penyelesaian untuk meringkaskan lagi sesi online class dan macam korang pula sebagai pelajar hanya tinggal bersedia untuk belajar dan luangkan masa untuk fokus semasa online class nanti. Dengan adanya pelbagai aplikasi dan media sosial pada masa kini. Memang lebih mudah untuk korang akses kepada kemudahan ini lebih lagi korang yang tinggal di kawasan bandar. Korang kena bersyukur tau! Sebab ada sahaja pelajar lain yang cikgu mereka siap sanggup meredah hutan dan datang dari rumah ke rumah pelajar di kawasan yang kurang kemudahan demi memastikan pelajar mereka berjaya tidak kira waktu. Dan jom kita tengok antara aplikasi yang sesuai untuk korang dan cikgu korang buat online class. 

Sumber gambar: pnews erin sakura

HANGOUT

Sumber gambar: astro awani

Rasanya, aplikasi Hangout ini antara yang paling mudah sebab rata-rata pelajar di negara ini mesti ramai yang menggunakan emel dari Google dan Hangout adalah salah satu yang disediakan Google untuk korang berkomunikasi satu kelas. Cikgu korang pun siap boleh setkan jadual untuk online class korang kalendar juga tau! Jadi, bila tiba jadual online class korang, cuma perlu klik korang hadir dan boleh join video call ini. Mudah kan?

ZOOM

Sumber gambar: cikguazhar

Antara aplikasi yang fungsinya lebih kurang sama dengan yang lain. Korang pun boleh belajar melalui Zoom. Ia sama fungsinya untuk korang nak buat sebarang conference call pun boleh. Cikgu korang pun boleh letak background lain-lain bagi tambahkan lagi semangat suasana belajar nanti. Tak ada lah kita pisang sangat kan nanti asyik tengok background rumah sahaja. Hehe! 

SKYPE

Sumber gambar: utm.news

Rasanya ini pun mesti ramai yang dah ada akaun sebab memang mudah diakses dimana-mana. Nak ajak lebih dari 50 orang pun boleh tau! Jadi korang dan kawan-kawan yang lain boleh lah berbincang dengan kawan-kawan sekali nanti. Memang senang sangat nak digunakan dan seronok sangat kalau korang dan kawan-kawan kelas have fun semasa online class nanti.

Apa-apa pun, korang boleh lah enjoy online class nanti sebab semua ini memang sangat mudah untuk diakses dan digunakan. Lagi pun, online class korang itu kan sekejap sahaja dan tidak semua cikgu buat pun kan? Korang pun bukan setakat dapat lepas rindu dalam video call itu nanti. Siap dapat ilmu yang cikgu ajar itu juga tau! Kan best itu! Apa-apa pun duduk elok-elok di rumah ya! Jangan lupa belajar rajin-rajin! Hehe! 

via GIPHY

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kolaborasi 93-Liners! IU dan Suga BTS Buat Lagu Bersama!

6 Perangai Random Orang Berpuasa, Korang Yang Mana Satu?