in ,

Aplikasi² Yang Bakal Mudahkan Korang Belajar

Sumber gambar: techcrunch.com

Selain cikgu di sekolah, tuisyen, ulangkaji dengan kawan-kawan, korang juga boleh belajar dengan mudah bila-bila masa hanya dengan menggunakan aplikasi yang boleh di install dalam phone sahaja tau! Mungkin ada yang tak tahu dan ada juga yang memang dah tahu. Tapi tak apa, hari ini LUNARIA akan kongsikan dengan yang belum tahu beberapa aplikasi yang boleh korang cuba guna untuk mudah belajar.

SNAPCHAT

Mungkin ada sesetengah korang tak pernah dengar dan mungkin ada yang tak percaya, tetapi Snapchat boleh tunjukkan jalan penyelesaian kepada soalan subjek Matematik korang. Kalau korang tertanya-tanya bagaimana nak gunakan aplikasi Snapchat untuk selesaikan matematik, korang boleh tengok video di atas dengan lebih lanjut. Tapi LUNARIA nak pesan, korang cuba dulu selesaikan kiraan sendiri sebelum ‘tanya’ Snapchat okay.. Semoga berjaya!

PHOTOMATH

Sumber gambar: business of apps

Korang pernah dengar tak tentang aplikasi Photomath? Korang bolehlah cuba aplikasi mudah alih Photomath ini. Ia menggunakan kamera telefon untuk korang kenal persamaan Matematik dan memaparkan formula dan jalan penyelesaian Matematik yang korang nak. Hanya dengan butang scan, platform ini mampu tunjukkan korang cara yang betul untuk menyelesaikan masalah soalan Matematik. Tapi gunakan ia sebagai rujukan sahaja okay, kita kena belajar untuk selesaikan sendiri.. nanti dalam exam siapa nak tolong kita? Phone tak boleh bawa masuk hall exam ya.

DUOLINGO

Sumber gambar: rimma

Duolingo adalah antara aplikasi yang paling popular untuk korang belajar bahasa. Korang boleh jumpa banyak sangat bahasa yang korang nak belajar dan kalau korang rajin, lama-kelamaan mesti korang akan fasih dalam bahasa baru. Tak perlu nak pergi kelas tambahan bahasa selepas ini.. lebih jimat dan mudah! 

KAHOOT

Sumber gambar: edlab

Dalam banyak-banyak aplikasi, Kahoot adalah antara aplikasi yang paling seronok untuk korang belajar beramai-ramai lebih lagi di dalam kelas. Hanya dengan masukkan kod rahsia korang dan nanti korang boleh bermain kuiz beramai-ramai dan dengan cara itu korang akan memahami subjek dengan lebih mudah. Study group tak akan bosan lagi selepas ini!

YOUTUBE

Sumber gambar: the verge

Rasanya semua orang tahu guna aplikasi YouTube. Korang boleh gunakan YouTube untuk cari perkara bermanfaat selain lagu, muzik video dan lain-lain. Apa kata, korang cuba cari subjek apa yang korang nak belajar dalam YouTube. Sekarang ini mudah untuk kita cari cikgu yang memang pakar dalam subjek tertentu di YouTube dan cara mengajarnya lebih mudah difahami dan tidak membosankan. Free private tutor di rumah gaiss! 

FullAMark

Akses PERCUMA selama 1 bulan! Yup! Korang baca dengan tepat sekali.. Selama 1 bulan ini, portal FullAMark akan beri akses percuma khas untuk korang belajar di rumah! Ini merupakan peluang yang baik untuk geng UPSR, PT3 dan SPM untuk belajar dengan lebih mudah dan mendapat sumber pembelajaran yang bagus! Nak tengok dekat mana portal ini? Korang hanya perlu layari www.fullamark.com.my/mco sekarang! Orang dah bagi free, rugi kalau korang tak rebut peluang ini.

Selepas ini, korang bolehlah belajar dengan senang sebab semua aplikasi ini memang akan membantu korang untuk belajar. Dah tak ada alasan dah nak malas belajar, setuju tak? Korang juga bolehlah masukkan jadual belajar secara online ini dalam jadual harian korang. Cukup untuk 45 minit untuk dua ke tiga kali dalam seminggu pun sudah memadai. Ingat, kita perlu study smart! 

What do you think?

6 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments