in ,

Aplikasi Untuk Dapatkan Gambar Nampak Lebih Aesthetic

Sumber gambar: pinterest.com/saraaasfeaaa

Sekarang ini ramai orang suka nak ambil gambar nampak aesthetic.. Sebab apa? Sebab nak bagi feed Instagram korang nampak lebih kemas dan cantik. Setuju tak? Selain VSCO, Inshot, dan Soda, B612, Foodie dan aplikasi gambar lain-lain yang famous itu, sebenarnya ada lagi beberapa aplikasi yang memang berguna untuk korang ambil dan edit gambar dengan menggunakannya. Jadi jom kita tengok aplikasi apa saja yang berguna untuk nampakkan feed Instagram korang nampak lebih aesthetic

KIRAKIRA+

Sumber gambar: instyle

Eh! Ini bukan aplikasi kira-kira yang macam kalkulator! Tapi ini adalah aplikasi yang memang paling best dan banyak digunakan oleh Youtuber yang sukakan mood aesthetic yang nampak seperti bling bling berkilat begitu! Korang boleh ambil gambar dan video dengan filter sparkle yang memang nampak natural untuk feed korang.

FILTO

Sumber gambar: iosnoops

Memang antara aplikasi yang paling banyak filter dan effect aesthetic yang super duper cute untuk korang. Gambar korang akan jadi ala-ala gambar yang boleh korang dapat di Pinterest, Tumblr dan Weheartit tau! Jadi, selepas ini korang dah tak perlu dah susah-susah nak upload gambar aesthetic di aplikasi lain. Post saja gambar aesthetic korang di Instagram.

ANALOG

Sumber gambar: pcmw

Untuk Analog pula, korang akan jumpa banyak version di dalam Google Play atau Apple Store. Jadi, korang boleh lah download ikut yang korang suka. Apa yang membezakan kesemua yang korang muat turun dalam Analog ini adalah filternya sahaja.

SPHOTO

Sumber gambar: popbuzz

Korang suka tak kalau gambar korang ada vibe-vibe comel seperti gambar comel orang Jepun? Ha! Jadi kalau korang suka jenis gambar dengan hasil kawaii, korang bolehlah cuba install Sphoto dalam telefon korang.

PICSART

Sumber gambar: dw artworks

Akhir sekali, tak lain dan tak bukan adalah Picsart, aplikasi paling mudah dan banyak benda yang korang boleh explore. Ini sebab bukan setakat filter tapi kesan, nak tambah gambar, grid, effect, warna, sticker dan banyak lagi korang boleh dapat dalam Picsart. Memang best dan rugi kalau korang tak explore!

Lepas ini, kalau dah install korang boleh lah edit ikut yang korang suka. Selain memilih filter yang terbaik, korang boleh juga edit dengan adjust brightness, shadow, sharpness, dan lain-lain itu sebab semua itu memang ada fungsinya. Iya lah, kadang-kadang tak semua orang perasan pun yang aplikasi edit gambar itu boleh digodek-godek lebih kan? Haha! Jadi, selamat berposing okay! Mana tahu, bila gambar dah cantik, korang boleh lah jadi Instafamous kan? Hehe! 

What do you think?

11 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Berjaya ‘Kalahkan’ Goblin, Crash Landing On You Pikat Hati Penonton!

Kantin Sekolah Cantik Seperti Hotel 5 Stars