in ,

Aplikasi² Penting Perlu Ada Dalam Phone Setiap Perempuan

Sumber gambar: @amnazhan

Weh, dalam phone kau ada apps apa? Mesti banyak game ke?

Dalam phone korang, apps apa yang paling suka digunakan dan kerap pakai? Adakah apps game? Edit gambar? Edit video? Atau lebih banyak apps yang korang install tapi tak pernah pakai? Kalau apps yang dah tak pakai adalah lebih baik uninstall sahaja sebab ia akan merugikan GB phone korang nanti kalau dibiarkan tanpa digunakan. Sekarang ini ada banyak apps yang boleh kita install mengikut keperluan masing-masing. Tapi sebagai perempuan, ada beberapa apps yang penting untuk kita simpan di dalam phone. Ini antara beberapa apps yang korang perlu install dalam phone masing-masing…

PERIOD CALENDAR

Period tracker apps – where does your data end up? - EDRi
Sumber gambar: Edri.org

Korang seorang yang selalu lupa bila tarikh period? Atau asyik salah kira hari? Penyelesaian yang korang boleh gunakan ialah install apps Period Tracker Calendar. Ia bukan sahaja akan beritahu bila tarikh period korang, ia juga akan memberi banyak peringatan berkaitan diri kita. Contohnya bila kita kena urut buah dada, bila kita akan rasa sakit kalau period OTW, bila kita dalam keadaan subur dan macam-macam lagi. At the same time ia juga akan memberi anggaran tarikh korang habis period serta period yang seterusnya. Apps ini sangat bagus walaupun kita sendiri boleh kira tarikh period secara manual tapi tidak semua akan ingat tarikh dan catat di kalendar.

LIFE360

How to develop an app like Life360? | Develop apps like Life360
Sumber gambar: Matellio

Apps mula tular bila ada orang buat thread di Twitter tentang pasangan dia yang curang. Tapi ia sememangnya sangat berguna untuk korang dan juga keluarga. Tak semestinya untuk orang bercinta sahaja ya. Apps ini akan memberitahu korang lokasi sesiapa yang korang mahukan, asalkan korang dah connect link antara satu sama lain. Contohnya dalam satu group ada korang sekeluarga, di situ ia akan memberitahu lokasi seseorang. Once dia bergerak dari satu lokasi, semua akan dapat notification. Apps tersebut juga akan memberitahu berapa percent bateri yang ada dalam phone masing-masing, so korang boleh ingatkan mereka untuk charge phone. Aplikasi ini juga noleh digunakan untuk call dan hantar mesej. Jangan rasa terkongkong sebab family tahu lokasi korang, ia penting untuk keselamatan diri kita sendiri ya.

WAZE

What Makes Waze the Best Reviewed Map App? An Army of Unpaid Human ...
Sumber gambar: Fortune

Untuk korang selalu menggunakan perkhidmatan awam seperti Grab Car atau MyCar, ini aplikasi penting untuk korang ada tak semestinya untuk siapa yang memandu sahaja. Sebab apa? Sometimes mungkin lokasi yang nak dituju kita sendiri tak tahu di mana dan kita hanya akan bergantung kepada driver sahaja itu tidak bagus. Sekurang-kurangnya kita juga perlu ada backup iaitu menggunakan map atau Waze sendiri untuk periksa jalan dan jarak perjalanan. Ia juga penting untuk keselamatan diri supaya buat kita akan sentiasa berwaspada dengan keadaan sekililing.

APPS MAKANAN

A Comparison OF 4 Popular M'sian Food Delivery Apps
Sumber gambar: VulcanPost

Manusia dan makanan tak dapat dipisahkan, pergi ke mana-mana mesti nak cari makanan. So apps yang korang patut ada dalam phone ialah apps berkaitan perkhidmatan penghantaran makanan atau apa sahaja berkenaan makanan. Kadang-kadang tidak semestinya aplikasi tersebut digunakan untuk pesan makanan, ia juga ada tawaran hebat bergantung kepada aplikasi tersebut. Ada juga yang akan berikan diskaun kalau korang order online. Bukan sahaja dapat kenyangkan perut, kita juga akan dapat berjimat. Fuh.. Nikmat apa yang kita dustakan?

Aplikasi yang tersenarai hanyalah cadangan sahaja. Apa yang penting, kalau dah install jangan lupa untuk gunakan ia sebaik mungkin. Kalau tak pakai, tak perlu install sebab nanti kita sendiri akan geram tengok notifikasi yang akan masuk. LOL!

What do you think?

18 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Lisa BLACKPINK Dituduh Bersikap Racist Dalam Video Terbaru

Hadiah Peminat K-Pop Bagi K-Idol Yang Mungkin Buat Korang TERKEJUT!