in ,

Aplikasi EatLokal Mudahkan Kita Beli Makanan

Sumber gambar: www.klfoodie.com

Pening pening pening pening! Hari-hari tak tahu nak makan dekat mana… Nak makan kedai sana, kakak tak nak, kedai depan rumah pula mak tak suka. Urghhh pening!

Selain daripada kena fikir nak pakai baju apa untuk keluar hangout atau ke mana-mana, nak fikir makan dekat kedai mana pun jadi satu masalah besar juga. Lagi pening kepala bila kita suka makan dekat satu kedai itu, tapi mak pula tak berkenan sebab one of pekerja kedai tersebut tak mesra pelanggan. Maka dengan itu kita sambung pening kepala tak tahu nak makan dekat mana…

Sumber gambar: QuickMeme

Itu kalau kita nak makan luar, tapi kalau di rumah dan mak tengah mood nak rehat masak jadi kita kenalah ‘hello hello’ kedai makan.. Biasanya kita akan delivery makanan dan minuman daripada apps seperti GrabFood, FoodPanda, DahMakan, MCDelivery dan macam-macam lagi la kan? Tapi sekarang ini kita dah ada satu aplikasi baharu yang mana di dalamnya terdapat banyak pilihan restoran makanan  tempatan. 

Aplikasi EatLokal sama sahaja macam apps delivery makanan yang lain. Order sahaja makanan, dan dalam masa beberapa minit makanan akan sampai depan pintu rumah korang. Sekarang ini pun kebanyakan makanan dalam aplikasi tersebut dijual dengan harga yang murah serta berpatutan. Bukan itu sahaja tau, korang juga akan dicaj dengan harga yang rendah bagi delivery caj.

Sumber gambar: Meme

Aplikasi EatLokal berkolaborasi bersama dengan aplikasi SOCAR. SOCAR merupakan sebuah app berasal dari Jepun yang mana ia menawarkan perkhidmatan ‘sewa kereta’ dengan harga murah mengikut jam yang korang pilih. Kalau korang nak tahu tentang SOCAR, korang boleh Google sendiri untuk dapatkan info ya.

Macam biasa, korang hanya perlu search dan install sahaja app EatLokal di Apps Store atau Google Play. Once dah install, sign up sahaja akaun korang, isi nama, alamat rumah dan seterusnya. Bila korang dah masukkan alamat rumah, secara automatik app tersebut akan menunjukkan list restoran yang berdekatan dengan lokasi rumah korang. Bila dah dapat tengok list kedai makan, pilih sahaja apa jenis makanan yang korang nak makan. 

Pilih, add to cart dan terus buat bayaran! Jaga-jaga jangan add to cart je sampai tak perasan harga makanan yang korang order ya. Untuk pengetahuan korang juga, caj delivery ialah RM5 bagi linkungan 5 kilometer so better korang pilih kedai makan yang tak jauh dari rumah korang supaya caj delivery tak mahal sangat. Korang hanya perlu tambah RM1 bagi setiap tambahan 1 kilometer sekiranya lokasi rumah korang melebihi 5 kilometer yang diberikan.

Tapi app ini hanya valid di kawasan Kuala Lumpur dan Klang Valley sahaja. For those yang tinggal di kawasan luar dari Kuala Lumpur dan sekitar, maaf mungkin boleh tunggu akan datang supaya mereka add on location yang lain pula?

  • Kuala Lumpur
  • Bangsar
  • Petaling Jaya
  • Hartamas
  • Damansara
  • Tropicana
  • Mont Kiara
  • Taman Tun Dr Ismail
  • Bandar Utama
  • Subang Jaya
  • USJ
  • Sunway

Ada pelbagai jenis aplikasi yang disediakan dan semuanya ada kelebihan masing-masing. Korang hanya perlu rajin dan tengok yang mana lagi berbaloi bergantung dengan kawasan tempat tinggal korang okay! Selamat mencuba.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Fakta Disebalik Pinggang ‘A4’ Seo Ye Ji AKA Ko Mun-Yeong

Cara Yang Betul Untuk Buang Panties Dan Bra