in ,

Aplikasi Berguna Yang Jarang Orang Ambil Tahu

Sumber gambar: www.herworld.com

Kebanyakan daripada kita sudah muat turun kesemua media sosial dan alat berhubung contohnya seperti WhatsApp, YouTube, Telegram, Kakao, Instagram, Facebook, Twitter dan lain-lain. Bukan setakat itu sahaja, malah aplikasi untuk edit gambar pun korang banyak juga sebab nanti boleh edit and post gambar yang cantik di media sosial, betul tak? Tetapi, korang tahu tak sebenarnya ada beberapa aplikasi yang sangat berguna untuk korang yang mungkin korang belum explore lagi. Jom kita usha…

MOVIE DIARY

Sumber gambar: apps apple

Cuba tengok dalam telefon korang, lebih lagi yang kaki movie itu.. Korang tahu tak yang sebenarnya korang boleh dapat tonton banyak movie yang best secara percuma dalam aplikasi Movie Diary? Lepas ini dah tak perlu susahkan diri nak kena Google dan cari free movie online. Selepas dah habis scroll semua media sosial, inilah aplikasi yang akan bantu untuk isi masa lapang korang.

SHAZAM

Sumber gambar: apps apple

Alamak Faya, ini lagu apa eh? Tahu tajuk lagu dan penyanyi dia?

Ha! Korang pernah hadapi situasi dimana dengar lagu di radio tapi tak tahu tajuk dan tanya tajuk lagu itu pada kawan. Kesian kawan korang jadi song detector tak berbayar.. Korang dah tak perlu fikir panjang dan cuba download saja aplikasi Shazam. Nanti bila lagu yang korang tengah cari itu dimainkan, korang cuma on and search melalui Shazam saja. 

TELEPROMPTER

Sumber gambar: apps apple

Aplikasi ini sesuai untuk para pelajar yang mana ia akan memudahkan kita untuk buat presentation di kelas. Dengan aplikasi Teleprompter, korang boleh baca teks sambil di rekod. Ia sangat mudah untuk digunakan lebih lagi sewaktu nak buat pembentangan di hadapan kelas. Kawan-kawan yang mendengar pun akan mudah simpan apa yang korang bentang.

REMINI

Sumber gambar: apps apple

Korang geram tak bila bila check semula gambar yang telah diambil gambar tersebut blur? Gambar muka kita dah cantik tapi blur. Jangan risau sebab kalau korang guna aplikasi Remini, semua gambar korang yang pecah itu boleh di edit menjadi lebih HD. Tunggu apa lagi? Belum cuba, macam mana nak tahu. 

LOSE IT! 

Sumber gambar: apps apple

Sekarang ramai yang sudah mula amalkan hidup sihat dan suka berdiet. Jadi, untuk korang tahu berapa jumlah kalori korang makan per hari dan lain-lain, korang bolehlah muat turun aplikasi Lose It! Ia akan bantu untuk korang tahu berapa banyak protein, fiber, lemak, dan lain-lain zat yang ada dalam makanan. Jadi, setiap kali makan kita boleh kira pengambilan kalori untuk satu hari.

Nampak tak sebenarnya ada banyak aplikasi yang berguna yang mungkin korang belum sempat explore dan cuba lagi. Jadi, bila ada yang korang selalu guna itu dah tak perlu pening-pening dah nak kena download apa. Cuba saja aplikasi yang kami kongsikan untuk mudahkan hari-hari korang selepas ini. Selamat mencuba!

What do you think?

2 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Kesalahan Biasa Dilakukan Ketika Pakai Face Mask

Idea Untuk Dijadikan Topik Semasa IG Live