in ,

Aplikasi Belajar Bahasa Mandarin!

Sumber Gambar: https://www.daytranslations.com/

Nǐ hǎo #Lunagirls! Selain bahasa Inggeris, bahasa Mandarin juga menjadi salah satu bahasa yang sering digunakan di Malaysia! Ada sesiapa yang dekat sini berminat nak belajar bahasa Mandarin?  Harini LUNARIA senaraikan 5 aplikasi percuma belajar bahasa Mandarin dengan mudah!

PLECO

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Aplikasi Pleco merupakan kamus elektronik yang boleh didapati secara percuma di Google Play atau Play Store! Dan yang paling syok, kamus elektronik ini paling lengkap tau.. ia sangat membantu dalam proses pembelajaran bahasa Mandarin.

HELLO CHINESE

Sumber Gambar: http://listenspeakgame.com

Aplikasi ini menyediakan cara pembelajaran yang telah di susun dengan baik bagi memudahkan pembelajaran #Lunagirls! Aplikasi ini akan mengajar korang cara menulis karakter bahasa Mandarin, cara sebutan, pendengaran dan tatabahasa dengan mudah! Konsep aplikasi ni berbentuk simple kuiz dan games! Menarikkan?

CHINESE SKILL

Sumber Gambar: https://jalantikus.com

Apps ini lebih kurang dengan Hello Chinese, tetapi yang  ini ada extra grafik yang lebih menarik! Aplikasi ini juga akan mengajar korang dari level yang mudah hingga ke susah, tapi ia akan mengikut tahap yang korang boleh capai bukan tiba-tiba terus bagi yang susah.. So boleh #Lunagirls tahu perkembangan bahasa Mandarin korang!

KWIK MANDARIN

Sumber Gambar: https://vimeo.com

Kwik Mandarin merupakan salah satu platform yang akan bantu korang mempelajari bahasa Melayu dan Mandarin dengan menggunakan dialog! Kalau korang nak belajar dengan lebih mendalam, korang boleh juga check out YouTube channel mereka!

LEARN MANDARIN CHINESE

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

Aplikasi ini sesuai untuk #Lunagirls yang nak belajar simple sentences! Sebab dalam apps ini akan ada suara yang akan mengajar cara sebutan dengan tepat.. So lebih cepat untuk korang faham bahasa Mandarin!

Belajar bahasa 3rd language sangat fun tau #Lunagirls! Kalau ada basic bahasa lain, korang boleh buat kawan baru tau! Selamat mencuba girls!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

5 Jenis Sekolah Pelbagai Aliran Di Malaysia!

TAHNIAH Adik-Adik UPSR 2018!