in ,

Aplikasi Balik Raya Yang Korang Wajib Ada!

Sumber Gambar: https://www.youtube.com

7 jam? 14 jam? 12 hari? Aduh.. bila nak sampai ni!!!!

Situasi paling common berlaku kalau balik raya ialah hadap trafik sesak! Kampung dekat boleh tahan lagi.. ni kalau duduk dekat utara dan kampung dekat selatan.. Fuhh! Sakit badan duduk lama dalam kereta! Haa, ini antara persiapan yang korang perlu buat sebelum gerak balik ke rumah!

APLIKASI WAZE

via GIPHY

“Ala! Dalam kampung pun nak guna Waze ke?” Siapa tak ada sangat rugi! Aplikasi navigasi seperti Waze akan bantu korang dapatkan jalan shortcut, info mengenai kesesakkan lalu lintas, kemalangan dan ETA korang akan sampai! Kalau bosan sangat, buka ruang chat mana tahu boleh jumpa jodoh kampung yang sama.. hihi!

APLIKASI BENGKEL

Sumber Gambar: https://www.hmetro.com.my/i

Bak kata pepatah, malang tidak berbau! Mana tahu tengah elok kereta bergerak, tiba-tiba kereta rosak! Oh no! Masa itu mesti frust, yelah nak raya tapi kereta rosak.. Berapa lama pula nak tersadai dekat highway tu? #sobsob Ha! Sebab itulah korang kena download aplikasi ini untuk membantu bapa korang jika dalam kesusahan! Make sure download dua atau tiga company, dari service yang berbeza..

APLIKASI PERJALANAN

via GIPHY

Ha! Kepada yang balik kampung naik bas dan kapal terbang itu.. Macam mana perjalanan korang, tiket balik dah beli ke belum? Better download aplikasi ticket untuk tengok ada tak any available sit. Selain itu, kebiasaaan aplikasi ini pun dapat membantu kita melihat sekiranya ada sebarang delay atau percepatan masa transport kita bergerak.

APLIKASI LALU LINTAS

Sumber Gambar: https://www.wartabromo.com/

Berbeza dengan aplikasi navigator yang lain, aplikasi ini lebih tertumpu pada lintas langsung mengenai kesesakkan lalu lintas. Ia akan update dari semasa ke semasa mengenai kelancaran perjalanan, ada tak sebarang permasalahan dan yang paling penting, jalan yang selamat untuk menuju ke destinasi. Better download satu girls, jangan harap radio je sebab takut sampai sesuatu kawasan line radio tak ada hihi.

Siapa kata korang tak perlu ambil tahu mengenai benda ini? Ini adalah kegunaan waktu kecemasan tau. Jadi download sekarang sebelum memulakan perjalanan, pastikan pandu cermat, jiwa selamat #Salamlebaran

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Tips Pergi Open House, Jangan Bunyi Please!

Raya Dengan Lisa BLACKPINK!