in ,

Apa Yang Menarik Dekat Dalam Petrosains Ni?

Sumber gambar: Instagram @nr.ainaaaamzalan

Bestnya kalau dapat pergi Petrosains! Dapat tengok dinosaur, belajar tentang Bumi, eh macam-macam lagi la! Teringinnya nak pergi!

Korang dah pernah masuk Petrosains dekat KLCC tu tak? Kalau belum please ajak kawan-kawan atau parents pergi ke sana sebab memang tak rugi kalau korang ke sana. Ainaa pun baru je pergi Petrosains last week. Macam-macam benda baru yang Ainaa belajar dekat situ terutamanya tentang khazanah Bumi. Since ada antara korang yang tak pernah masuk lagi ke sana, Ainaa akan share sikit apa benda menarik dekat dalam tu okay.

GEOTIME DIORAMA

Sumber gambar: Instagram @nr.ainaaaamzalan

Pernah tengok dinosaur? Dekat dalam tu korang akan diberi peta dan setiap checkpoint ada tarikan tersendiri, antaranya ialah Geotime Diorama. Korang akan dibawa ke dunia 200 juta tahun dulu yang mana dikatakan wujudnya dinosaur. Ada banyak replika dinosaur dan korang juga boleh baca tentang macam mana wujudnya dinosaur pada waktu tu. Ruang pameran juga disediakan for those yang minat untuk tahu lebih dalam tentang kewujudan haiwan pemangsa tu. Jangan lupa ambil gambar juga dengan dinosaur tu, jangan risau korang takkan kena gigit pun, hehe! At the same time korang juga boleh cuba beberapa game yang disediakan dekat tempat tu, make sure baca dulu arahan yang diberikan sebelum main ya, baru la korang faham nanti.

OIL PLATFORM

Sumber gambar: Instagram @nr.ainaaaamzalan

Macam yang korang tahu, Petrosains ialah satu tempat pameran sains yang dapat membuka minda kita tak kira kecil atau pun dewasa. Tempat tu sendiri berada dekat dalam Petronas Twin Tower, so mesti la ada kaitan dengan syarikat minyak Petronas kan. Antara tarikan utama dekat dalam tu ialah Oil Platform yang menjadi kegemaran ramai. Dekat checkpoint tu korang berpeluang untuk ketahui banyak information tentang pekerjaan di pelantar minyak. Kalau korang baca semua info yang ada dekat situ, mesti korang akan rasa kagum dengan pekerjaan mereka di pelantar minyak. Bukan senang tau nak kerja dekat situ, kerjanya sangat mencabar. Apa yang lagi best ialah korang berpeluang untuk merasai pakai baju uniform seperti pekerja di pelantar minyak! Tapi Ainaa haritu tak dapat nak pakai sebab ramai sangat orang dekat situ, so dapat pakai alat-alat yang lain pun jadi la, hehe!

SPEED

Image result for petrosains speed
Sumber gambar: Youtube

Minat racing? Make sure spend masa lebih sikit dekat checkpoint ni sebab korang dapat tengok pameran berkaitan Formula 1! Ada beberapa mesin simulator yang mana korang boleh uji kepantasan dalam berlumba. Antaranya simulator racing di atas litar Sepang yang mana korang akan rasa macam tengah racing betul-betul siap ada rasa getaran lagi kalau terkeluar dari track. Of course Ainaa akan terkeluar dari track sebab tak reti naik main game lumba kereta, hehe! At the same time korang juga boleh cuba permainan Mind Ball yang mana ia menggunakan kuasa minda untuk menolak bola getah. Ha, power kan? Macam mana nak tolak bola getah dengan hanya menggunakan kuasa minda je?

MUSIC, ART AND SCIENCE

Image result for petrosains music art and science
Sumber gambar: clone.petrosains

Ini ialah checkpoint terakhir yang mana korang akan diuji dengan permainan kreatif. Gunakan segala kefahaman korang tentang sains dekat checkpoint tu. Kalau korang tak faham tentang permainan yang disediakan dekat situ, boleh la tanyakan kepada pekerja yang ada dan mereka akan explain macam mana nak selesaikan game tu. At the same time, ada juga maklumat yang disediakan dan korang kena la baca, baru faham macam mana nak main game tu. Korang mesti akan rasa kagum dengan semua permainan yang ada dekat situ. Jangan malu nak cuba tau sebab ia bukan je disediakan untuk kanak-kanak tapi orang dewasa pun boleh juga cuba.

For those yang nak pergi, korang kena tempah awal sebab sekarang kan musim cuti sekolah dan ramai orang akan berkunjung ke sana. Make sure masuk dengan perut yang dah diisi sebab korang akan habiskan masa hampir tiga jam dekat dalam tu, tapi jangan risau sebab ada disediakan kafe juga dekat dalam tu. Tunggu apa lagi? Ajak la parents atau kawan-kawan korang berkunjung ke Petrosains! Nanti lepas keluar je dari tempat tu, confirm meter kecerdikan korang akan bertambah, hehe!

What do you think?

3 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Jadi Diri Sendiri Pun Boleh Pikat Hati Si Dia?

Ada Lelaki Suka Kat Kita? Macam Mana Nak Detect?