in ,

Apa Yang Lelaki Suka Pada Diri Seorang Perempuan?

Sumber gambar: Www.cosmo.ph

Lizzy, kau rasa Danny suka perempuan macam mana ya? Dia suka yang banyak cakap ke yang pendiam?
Ala, kau jadi diri sendiri je la lagi senang.

Ehhh, tengah cuba nak ambil hati siapa itu? Korang mesti nak tahu sangat apa agaknya ciri perempuan yang disukai lelaki kan? Agak-agak si dia suka tak perangai korang atau sebenarnya dia buat-buat suka sahaja?

via GIPHY

Jangan tertanya-tanya sangat sebab kalau betul si lelaki tu sukakan korang, dia mesti akan terima macam mana sekali pun sikap kita. Tak perlu la kita nak beria-ia untuk dapatkan hati si dia. Tapi korang mesti at least nak tahu juga apa yang lelaki suka pada diri seorang perempuan ni kan? Jom check it out apa agaknya ciri itu.

JAGA KERBERSIHAN DIRI

via GIPHY

Kebersihan diri ni sangat penting tau. Kalau kita pandai jaga kebersihan diri, bukan setakat lelaki je suka, semua orang akan suka dengan kita. Bila kita jaga kebersihan diri, ia melambangkan kita ini seorang yang pembersih. At the same time kita pun dapat hidup dengan selesa kalau persekitaran dan diri sendiri bersih. Bukan tu je, korang kena juga sentiasa mandi at least tiga kali sehari. Tak ada la berpeluh sangat badan tu.

FAHAM EACH OTHER

You're understanding Is truly appreciated meme - Willywonka (85561 ...
Sumber gambar: Meme

Kalau kita nak orang faham diri kita, kita pun kena la faham diri orang lain juga. Baru la complete each other. Let say korang ajak si dia pergi ice cream date petang tu, tapi dia kena siapkan kerja. Takkan korang nak merajuk disebabkan tak dapat nak pergi date pula? Korang kena la faham yang masa dia bukan hanya untuk korang. Ingat, masa depan panjang lagi. Jangan pula korang paksa si dia buat itu ini, alamatnya nanti bye bye la. Bila sama-sama saling memahami ni kira bonus point la.

JADI DIRI SENDIRI

via GIPHY

As a girl, kita mesti sikap yang tersendiri. Bukan setakat girls je, boys pun ada juga sikap mereka yang sometimes tak pernah ditunjukkan dekat umum. Andai kata korang ni seorang yang jenis masuk air dengan kawan-kawan, just be yourself je. Tak perlu nak berubah demi untuk pikat hati si dia. Lelaki ni sebenarnya dia lagi suka kalau kita jadi diri sendiri, at least tak ada la dia terkejut kalau tahu perangai masuk air korang tu. Tapi let say kalau si dia tak boleh terima perangai korang, dia bukan untuk korang okay! Just be yourself je, tak perlu jadi diri orang lain ya.

TAK CEPAT MERAJUK

Meme Creator - Funny hai awak~..jangan merajuk Meme Generator at ...
Sumber gambar: Meme

Merajuk ni boleh dikatakan sikap biasa seorang perempuan. Korang sendiri mesti cepat merajuk kalau kena marah dengan mak kan? Tak apa, kita sama la sebab Ainaa pun cepat merajuk kalau kena marah dengan mak, hehe! Tapi kalau bab cinta cinta ni, jangan la cepat sangat merajuk. Lelaki ni tak suka sangat perempuan yang cepat merajuk. Kalau nak merajuk tu boleh la tapi jangan terlampau kerap sangat. Korang kalau selalu sangat merajuk dengan parents, mesti ada masanya mereka pun malas nak pujuk. End up korang pujuk la diri sendiri tu.

Pokok pangkalnya, kita kena jadi diri sendiri juga. Tak perlu jadi orang lain, ubah itu ini sebab nak dapatkan hati seorang lelaki.

What do you think?

0 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

0

Comments

0 comments

Dekorasi Bilik Tidur Boho Style Untuk Girls

Penyanyi Baru Yang Bakal Jadi Fav Korang!